Kekal misteri, pelik asal pergi pasaraya ini je kunci kereta tak berfungsi..

Kekal misteri, pelik asal pergi pasaraya ini je kunci kereta tak berfungsi..

Penduduk di sebuah bandar kecil di utara Kanada kini berdepan dengan masalah misteri di mana kunci kereta mereka mengalami masalah bateri apabila mengunjungi supermarket terbesar di sana.

Keadaan yang sudah berlarutan selama berminggu-minggu itu menyebabkan pengunjung Westview Co-Op di Carstairs, Alberta gagal menghidupkan kereta masing-masing.

Kekal misteri, pelik asal pergi pasaraya ini je kunci kereta tak berfungsi..

Kebanyakan kunci kereta mengalami masalah. Ada kereta yang tidak boleh mengenal pasti kunci dan enjin tidak boleh dihidupkan. Ada juga kereta yang tidak boleh dikunci. Lebih pelik lagi, sistem penggera kereta berbunyi secara tiba-tiba tanpa sebab.

“Memang pelik. Orang ramai takut untuk pergi ke sini kerana bimbang kereta mereka tidak boleh dihidupkan,” kata seorang pekerja kedai di hadapan Westview Co-Op, di mana ramai pemandu bertanya kepadanya di mana boleh menukar bateri baharu.

Malangnya, menukar bateri tidak pula dapat menyelesaikan masalah tersebut. Selain ada teori nakal menyatakan wujudnya kehadiran alien, situasi itu berlaku mungkin disebabkan oleh gangguan elektronik di kawasan parkir Westview Co-Op.

Netizen mengandaikan beberapa punca. Antaranya ialah alat pengesan pintu automatik, kunci jarak troli supermarket, WiFi dan sistem kamera keselamatan.

Kekal misteri, pelik asal pergi pasaraya ini je kunci kereta tak berfungsi..

Namun, Westview Co-Op dalam satu hantaran di laman Facebook menyatakan ia telah membawa juruelektrik untuk menutup semua kuasa elektrik di premis berkenaan, tetapi masalah itu tetap ada.

Pihak pengurusannya juga ada menghubungi Kementerian Inovasi, Sains dan Pembangunan Ekonomi Kanada untuk menyelesaikan misteri itu.

“Kami tahu semua orang rasa kecewa. Sebab itu kami mengambil langkah sewajarnya untuk menyelesaikan masalah ini,” kata Pengurus Perlindungan Aset Westview Co-Op, Stephen Kennedy.

Jadi, jika gangguan ini tidak datang dari bangunan Westview Co-Op atau kedai-kedai berhampiran, dari mana punca masalahnya?

Selepas melihat peta, ada yang berpendapat bahawa ia mungkin berpunca dari laluan keretapi kargo di belakang lot parkir pasaraya terbabit. Lebih spesifik lagi, suis-suis yang dikawal oleh set radio telah digunakan untuk mengawal landasan keretapi dan leluan melintas di sana.

Keretapi kargo sudah lama diketahui menjadi punca gangguan RF. Gerabak di bahagian tengah dan belakang atau unit kuasa pada landasan biasanya dikawal oleh radio.

Tetapi, masalah itu selalu sangat berlaku. Sedangkan keretapi yang lalu di sana tidaklah terlalu kerap. Misteri sungguh lah…

Berita Lain:

Tabung Haji gesa tukar akaun dewasa sebelum 1 Mei 2022

Masuk fasa endemik, 4 jenis kesalahan akan diberi perhatian oleh polis

Lagu “Taman Rashidah Utama” ciptaan Bob Lokman ada unsur ‘tasawuf’?