Kembalikan UPSR, ibu bapa rayu kerajaan buat pertimbangan

Kembalikan UPSR, ibu bapa rayu kerajaan buat pertimbangan. Sebahagian ibu bapa merayu Kementerian Pendidikan (KPM) mengembalikan semula Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang telah dimansuhkan tahun lalu kerana mereka kini resah dengan prestasi pelajaran anak-anak.

Rata-rata ibu bapa yang dihubungi Kosmo! meluahkan, anak-anak mereka kini kurang semangat untuk bersaing bagi mendapat keputusan cemerlang memandangkan tiada lagi pe­periksaan awam yang perlu dilalui di peringkat sekolah rendah.

Kembalikan UPSR, ibu bapa rayu kerajaan buat pertimbangan

Ibu kepada empat anak, Noraini Omar, 50, berkata, anak bongsunya yang ketika ini berada di Tahun 2 dilihat seperti leka.

BACA:

Sah Johari Abdul dicalonkan sebagai Speaker Dewan Rakyat

Ramai mahu Tuan Ibrahim jadi Ketua Pembangkang berbanding Hadi

Seorang lagi ahli parlimen Pas didakwa fitnah Anwar