Kenal seminggu je terus ‘lock’, beza umur 22 tahun bukan penghalang

Kenal seminggu je terus ‘lock’, beza umur 22 tahun bukan penghalang. Jodoh memang tidak mengenal usia. Itulah perumpaan yang dapat digambarkan untuk pasangan merpati dua sejoli walaupun jarak umur mereka 22 tahun.

Jarak umur lebih 2 dekad

Menerusi perkongsian pemilik TikTok dikenali sebagai Linda Lin486, wanita terbabit mendedahkan usianya 46 tahun manakala suami tersayang berusia 24 tahun.

Meskipun jarak umur lebih dua dekad, namun mereka sama sekali tidak kisah kerana apa yang penting adalah cinta dan kasih sayang. Difahamkan, mereka mendirikan rumah tangga pada 22 Februari 2022.

Apa yang lebih menarik perhatian, walaupun tempoh perkenalan mereka hanya seminggu, ianya sama sekali tidak menjadi penghalang bagi mereka untuk meneruskan perhubungan tersebut sebelum sah bergelar suami isteri.

Kenal seminggu je terus 'lock', beza umur 22 tahun bukan penghalang

Bagaimanapun, wanita terbabit tidak menceritakan secara terperinci sejak bila cinta mereka mula berputik. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut teruja dengan kisah yang dikongsi dan mendoakan pasangan ini berkekalan hingga ke jannah.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih hampir 2.7 juta tontonan dan mendapat lebih 78 ribu tanda suka di TikTok. Tahniah!

Cinta tidak mengenal usia

@linda_lin486♬ ชอบเธออ่ะ – K.Story009

BACA:

Kahwini kembar serentak, lelaki tersenyum puas diatas pelamin

Youtube ‘banned’ video Lofi Girl, syarikat dari Malaysia didakwa jadi punca

Pasangan didakwa hina Islam mohon sumbangan orang ramai bayar ikat jamin