‘Kenapa encik je pakai topi keledar? Anak ni kenapa tak pakai?’

‘Kenapa encik je pakai topi keledar? Anak ni kenapa tak pakai?’.

Ada sekali tu, abam periksa penunggang motosikal. Dia bawa anak kecil didepan tanpa topi keledar. Dari jauh dah nampak motor dia tersedak-sedak.

Bila sampai abam terus soal,

“Selamat pagi. Kenapa encik je pakai topi keledar? Anak ni kenapa tak pakai?”

'Kenapa encik je pakai topi keledar? Anak ni kenapa tak pakai?'

“Ha.. marah dia tuan! Biasa dia ni, asyik nak mengekor saja kemana orang pergi. Suruh pakai topi tak mahu! Tangkap jak dia tuan.” lelaki tu marah anaknya.

Terus menangis ketakutan budak kecik tu kat situ.

“Ewah-ewah.. Anak pula yang encik salahkan. Kan encik ayah dia, encik la buat keputusan. Dia dah tentunya budak-budak. Mana tau berfikir” abam tegur dia balik.

“Takpa dik, jangan nangis ye. Abang tak tangkap adik. Asyerr dia ayah awak ni ye. Nanti abang babab dia ya.” abam cuba pujuk anak dia.

Senyap terus anak dia. Mungkin sebab yang pujuk pun wajah sama-sama comel.

“Lepas ni pastikan encik pakaikan anak topi keledar. Kalau jadi apa-apa, takkan encik je nak selamat? Ini amaran terakhir.” abam nasihat sambil buat wajah paling garunk.

“Babababaik tutututuan.. Terima kasih tututuan.” balas dia tergagap sambil start enjin motorsikal.

“Eh, nanti dulu. Lesen ada tak?”

“Aduh tuan, saya tak ada lesen tuan.”

“Okey. Padam enjin balik.”

Dia ingat, buat-buat gagap boleh buat kita lupa tanya lesen la tu.

BACA :

Mak-mak kena tahu ni! Rahsia buat teh tarik macam kedai mamak
Kisah Oyen tumpang lori sayur ke Singapura tapi ‘tak lepas’ di sempadan
‘Isteriku koma pecah pembuluh darah, doktor kata puncanya dia penat dan terlalu stress’