‘Kepada ejen takaful, berhentilah guna marketing kotor dan menyakitkan perasaan orang’

Kepada semua ejen takaful di luar sana, saya menyeru anda semua berhentilah menggunakan marketing yang kotor dan menyakitkan perasaan orang.

Bad marketing is not a good marketing. It is so ironic to promote the shariah compliance product with non shariah marketing.

Some people prefer to not having protection not because they don’t aware about the consequences, but they just don’t have enough money to take any.

'Kepada ejen takaful, berhentilah guna marketing kotor dan menyakitkan perasaan orang'

Stop using this kind of marketing

  • “Kalau u tak ambik takaful, guna lah saving u bulan2 tu, biar habis gitu ja”
  • “Nanti u mati, anak dengan spouse u terpaksa mintak sedekah kat orang lain, u mau?”
  • “Rumah dengan kereta u nanti kena jual lah kalau takda insurance”
  • “Roh tergantung tau kalau tak bayar hutang”
  • “Bayar RM10 sebulan saja cover RM1juta” (sedangkan coverage tu kena bayar RM200)

Dan sewaktu dengannya.

Hey dude, Please stop!

Tiada garis jelas shariah compliance marketing macamana, cuma cukup berpada dengan:

  • tidak menipu
  • tidak menyakitkan perasaan
  • tidak misleading
  • tidak mendedahkan aib sesiapa
  • tidak janjikan benda yang tiada.

1. Buat fact finding prospect.

Kalau dia tak mampu bayar banyak, suggest apa yang sesuai dengan kewangan dia.

Tak payah nak upsale sampai membebankan client. Sampai masa tak mampu bayar, policy lapsed dia yang rugi.

2. Educate masyarakat tentang kepentingan ada takaful dan cara nak sustain policy diorang. Ejen bertanggungjawab sebelum, sewaktu dan selepas sales ya.

Bukan dah sedap2 dapat close lepastu tinggal.

3. Focus kepada protection dulu. Kalau ada portfolio kewangan yang baik dan client faham risiko investment dalam plan takaful baru lah suggest.

Ni tak, janji bulan bintang investment return sampai 50%, yang dapat 5%. Wadaneg?

Clearkan dulu plan yang hampa suggest dia ambik.

Kenapa dan apa kesannya?

4. Semua orang perlukan takaful, tapi tak semua orang mampu untuk ada satu policy.

Boleh jadi dia takda duit nak bayar.

Boleh jadi dia ada illness history.

Boleh jadi umur dah luar kawasan.

Boleh jadi dia ada ilmu kebal. Jk

Yes takaful penting. Sangat penting.

Tapi matlamat nak suruh orang ada takaful tu tak boleh dengan cara yang salah. Educate dengan cara yang betul.

Saya mohon maaf andai pernah mengguriskan perasaan anda sepanjang mempromosikan kepentingan takaful.

Terima kasih kerana membaca.

Educating people with the beauty of takaful.

BACA :

‘Bagus betul anak-anak kau ni. Baik belaka’, lelaki kongsi tips didik anak
Myvi bakal jadi kereta “Recon” di jepun, dijual dengan harga lebih RM53k
‘Di sini, tidak kiralah bayar pakej ratus ribu, semua orang tidur tepi jalan’ – Alif Satar