Kerana Nabila Razali kehidupan Renggo Arrow berubah

Kerana Nabila Razali kehidupan Renggo Arrow berubah.PENYANYI Renggo Arrow mendedahkan dia menerima banyak undangan nyanyian selepas Nabila Razali tidak mengecam dirinya semasa menyertai program I Can See Your Voice Malaysia musim kelima (ICSYVMY 5) pada Mei lalu.

Renggo atau nama sebenarnya Mohd Zain Ramli, 53, tidak menyangka namanya menjadi sebutan semula dan menerima sambutan daripada peminat.

Bukan tak kenal Renggo (Arrow), Nabila Razali kata keliru karakter berbeza atas pentas ‘I Can See Your Voice’ – Video | mStar

Kerana Nabila Razali kehidupan Renggo Arrow berubah

“Untuk segi karier tuhan memang membuka peluang luas dan terlalu banyak sehingga saya tidak mampu terima… saya terpaksa memberikan peluang tersebut kepada penyanyi lain kerana tidak sempat nak uruskan.

“Saya rasa peminat masih ramai yang menggemari lagu era 90-an sebab kalau pergi mana-mana mesti ada peminat yang akan menyanyi sekali walaupun lagu itu sudah berusia 30 tahun,” kata Renggo pada mStar.

Dalam pada itu, Renggo memberitahu tahap kesihatannya kurang memberangsangkan kerana berdepan masalah jantung dan perlu berhati-hati ketika membuat persembahan.

“Jantung masih belum okay cuma perlu berhati-hati untuk melakukan sebarang aktiviti, selain itu makan dan minum juga perlu dijaga tapi saat ini saya hanya bergantung kepada ubat-ubatan sahaja,” katanya pada mStar.

BACA:

Honda Civic Hybrid RM118,485, Shahrir Samad bayar cash

Rider ramai kena tipu bila ambil ‘order cash’, kisah pelanggan ini berkeras guna tunai buka mata ramai

‘Excited’ dapat jadi pengapit terbantut, penganitn minta sumbangan RM500 seorang