Kertas siasatan dibuka berhubung bekas Ketua Polis Negara bersama isterinya

Kertas siasatan dibuka berhubung bekas Ketua Polis Negara bersama isterinya.

Polis mengesahkan membuka kertas siasatan berhubung satu kejadian membabitkan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan isterinya, yang rakaman video berkenaan tular di media sosial sejak semalam.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim memberitahu, kertas siasatan itu akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut dalam masa terdekat.

@ohbulanofficial Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan memohon orang ramai tidak mencampuri urusan keluarga. #ohbulan #fyp #viral #trendingnewsmalaysia #musahassan ♬ original sound – OHBULAN!

“Saya sahkan kita (polis) terima laporan dan kertas siasatan sudah dibuka.

“Kita akan rujuk kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya sebaik sahaja siasatan selesai dalam masa terdekat,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Rabu.

Difahamkan kedua-dua pihak sudah dipanggil untuk memberi keterangan.

BACA JUGA:

Tiada lagi ruang salah guna kuasa, kerajaan amalkan standard etika tertinggi

Muhyiddin dijangka hadir ke SPRM pagi ini

Lahir 125 hari lebih awal, kembar paling pramatang di dunia!