‘Kes melawan astro cilak*! Kisahnya macam ni, aku dah lama tak tengok astro…..’

Kes melawan astro cilak*!

Kisahnya macam ni. Aku dah lama tak tengok astro. Akaun aku ada tunggakan dalam rm100++ gitu. Jadi, akaun aku digantung. Pastu, diaorang chase la aku mcm nak gila suruh bayar selama 2 tahun.

Aku cakap, tutup akaun aku dulu. Kalau aku bayar ni, korang continue akaun aku. Diaorang buat bodoh.

'Kes melawan astro cilak*! Kisahnya macam ni, aku dah lama tak tengok astro.....'

Selepas 2 tahun, aku pun bayar tunggakan aku tuh sbb dah ada surat collection agency. Aku beranggapan akaun aku sudah ditutup.
Tiba2 terima bil baru, utk bulan baru. Cilak* astro.

Aku call customer service, selepas bertekak, customer service taknak tutup akaun aku; insist suruh aku bayar bil baru. Aku cakap, baiklah, aku akan report ke tribunal dan skmm. Ingatkan dia takut dan tutup akaun aku.

Pastu bulan seterusnya, datang lagi bil.

Aku apa lagi, terus log report ke SKMM dan Tribunal pengguna concurrently. Tribunal pengguna kena bayar rm5.00.

Tak lama lepas tuh, astro call aku, setuju utk waive dan terminate akaun aku melalui penyelesaian skmm. Tak lama kemudian, TTPM panggil pulak utk pendengaran kes. Astro gelabah lagi, mintak aku tarik balik kes.

Astro mmg licik lah.

BACA :

Ini gaji dan elaun diterima ahli DUN yang menang pada PRN tempoh hari
‘Kenapa peniaga air balang suka tutup keseluruhan balang dengan gambar air yang nampak sedap?’
‘Sebelum nak lepaskan anak di tempat camtu fikir dulu lah, kita mesti tau perangai anak kita’