Ketika buat kerja, mata mengantuk sangat. Tapi bila waktu nak tidur, rasa segar dan bertenagalah pulak

Ketika buat kerja, mata mengantuk sangat. Tapi bila waktu nak tidur, rasa segar dan bertenagalah pulak.

PERNAHKAH anda berasa begitu mengantuk ketika di dalam kelas, tempat kerja atau sedang memandu?

Ketika itu kepala sudah tersengguk-sengguk menahan mengantuk dan anda akan cuba membeliakkan biji mata untuk melawan kelopak yang sentiasa cuba untuk menutup penglihatan.

Berdepan situasi ini pasti tiada apa yang dibayangkan kecuali rumah dan katil untuk melelapkan mata serta merehatkan badan yang letih.

Namun tatkala malam menjelang atau di saat anda sudah pun selesa di atas katil, tiba-tiba sukar pula untuk melelapkan mata, malah anda seperti bertenaga untuk melakukan apa saja aktiviti.

Anda akan bermain dengan telefon pintar, menonton filem atau membaca buku walau jam di dinding sudah menunjukkan hampir pukul 12 tengah malam.

Situasi ini janggal bukan? Ini sebabnya.

Fenomena itu dalam istilah saintifik dipanggil sebagai Revenge Bedtime Procrastination (dendam penangguhan sebelum tidur).

Sebagai makluman, Revenge Bedtime Procrastination tidak dikira sebagai penyakit kesihatan berkaitan tidur tetapi sebaliknya ia adalah tentang tabiat dan disiplin diri.

Mereka yang tergolong dalam kategori ini biasanya mempunyai rutin atau urusan yang padat sehingga tidak mempunyai kelapangan masa untuk diri sendiri pada waktu siang.

Disebabkan diri terikat dengan tanggungjawab di siang hari, maka apabila tiba waktu malam setelah selesai semuanya, mereka akan menggunakan peluang itu melakukan perkara yang diminati.

Mereka tanpa disedari ‘membalas dendam’ ke atas masa peribadi yang sepatutnya digunakan pada waktu siang, dengan malam adalah masanya untuk berseronok.

Individu yang tergolong dalam kategori ini biasanya berkerjaya dan mempunyai waktu kerja yang panjang.

Perkara ini jika berlarutan untuk jangka masa yang lama akan membawa kepada masalah kesihatan yang serius.

Ini kerana mereka tidur lewat dan keesokan harinya mereka harus bangun pada awal hari semula untuk ke tempat kerja atau ke kelas.

Oleh itiu, bagaimana cara untuk mengatasinya?

Pertamanya, disiplin diri harus dikuatkan kerana itu adalah kunci kepada segala-galanya

Seterusnya matikan gajet apabila tiba waktu yang ditetapkan dan jauhkan dari tempat tidur supaya sukar untuk anda mencapainya semula.

Selain itu, tutup lampu, gelapkan atau malapkan cahaya di bilik tidur supaya anda berasa tenang dan senang melelapkan mata.

Basahkan muka dengan pelembap (moisturizer) untuk menyejukkan wajah anda dan memudahkan proses untuk tidur.

Terakhirnya, tutup kotak fikiran anda dan jangan menerawang ke mana-mana tempat di dalam minda memikirkan masalah kehidupan.

BACA JUGA:

Wanita ini kongsi tip elak sampah berbau & berair.. Guna bekas sarang telur sahaja!

Mandi air panas atau air sejuk yang baik? Ini penjelasan Doktor

9 ciri yang perlu diambil kira sebelum beli dashcam