Ketua SPRM dedah lebih seorang dari ahli politik disiasat naungi aktiviti judi haram dalam talian

Ketua SPRM dedah lebih seorang dari ahli politik disiasat naungi aktiviti judi haram dalam talian.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini dilaporkan sedang menyiasat beberapa ahli politik yang didakwa terlibat menanungi kegiatan judi haram dalam talian, lapor Sinar Harian.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, siasatan kes tersebut masih giat dijalankan oleh pihaknya.

Ketua SPRM dedah lebih seorang dari ahli politik disiasat naungi aktiviti judi haram dalam talian

“Kita sedang siasat perkara ini. Laporan (ahli politik lindungi kegiatan judi haram) baru dibuat dalam bulan lepas, jadi kita masih lagi mengumpul maklumat.

“Kita tak boleh dedahkan siapa ahli politik berkenaan, tapi saya boleh sahkan siasatan memang sedang dijalankan, kalau terbukti, ia adalah satu kesalahan,” katanya selepas merasmikan Hari Integriti Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur di sini, pada Selasa.

Menurut Azam lagi, kegiatan itu didakwa melibatkan lebih seorang daripada ahli politik yang disyaki menaungi kegiatan judi haram berkenaan.

“Saya tak boleh kata ramai atau tidak kerana nanti dimanipulasi banyak pihak,” katanya.

Apabila disoal berkenaan keterlibatan ahli politik tersebut daripada pihak pembangkang atau kerajaan, Azam berkata: “Itu pun saya tak boleh nak kata. Ahli politik itu, ahli politiklah.”

Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail telah mendedahkan penglibatan ahli politik yang melindungi perjudian haram.

Ahli politik tersebut didakwa sebagai penaung yang melindungi pengendali platform perjudian dalam talian di negara ini.
Saifuddin turut menjelaskan bahawa penglibatan tersebut telah menjadi kekangan terbesar yang dihadapi Kementerian Dalam Negeri (KDN). Ia termasuk PDRM dan kerajaan itu sendiri bagi membanteras kegiatan berkenaan daripada terus berleluasa.

Terdahulu, SPRM dilaporkan sedang menyiasat pembabitan ahli politik dalam aktiviti judi dalam talian di negara ini.

SPRM dalam kenyataannya memaklumkan siasatan itu dijalankan berdasarkan maklumat yang diterima. Pihaknya akan turut berkongsi maklumat tersebut dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“SPRM tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dengan kegiatan rasuah serta salah guna kuasa hingga menyebabkan isu judi (dalam talian) ini berlaku,” menurut kenyataan itu.

Baru-baru ini, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mendedahkan kepada Dewan Rakyat bahawa wujud elemen naungan politik dalam kegiatan perjudian dalam talian di negara ini.

Menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata elemen berkenaan menjadi kekangan terbesar kepada KDN dan PRDM serta kerajaan secara keseluruhannya dalam usaha membanteras kegiatan itu.

BACA :

‘Tak salah nak pergi travel negara mana pun.. Tapi sebelum ke mana-mana, pergilah ke Mekah & Madinah dulu’
‘Sekarang ni meniaga apa pun cukup terasa, kuasa membeli rakyat dah makin berkurang’
‘Pasang aircond dulu baru kami balik kampung’