Kilang ayam di Tanjong Karang ditutup empat hari

Sebuah kilang ayam di Parlimen Tanjong Karang yang sebelum ini menimbulkan keresahan masyarakat di kawasan berhampiran kerana terdapat kes positif Covid-19 membabitkan pekerjanya kini sudah ditutup sementara bermula jam 10 malam Isnin.

Menerusi notis perintah tutup premis terbabit yang tular di media sosial itu memaklumkan, premis berkenaan ditutup selama empat hari sehingga Jumaat.

Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar berkata, beliau berterima kasih kepada semua agensi bertanggungjawab yang melakukan tindakan segera menutup sementara premis terbabit.

“Saya dimaklumkan agensi yang terlibat telah bermesyuarat dan kilang tersebut diarahkan tutup sementara untuk dibuat tindakan selanjutnya,” katanya yang memuat naik status di Facebook beliau pada malam Isnin.

Berita Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/140354/BERITA/Semasa/Covid-19-Kilang-ayam-di-Tanjong-Karang-ditutup-empat-hari