‘Kisah di TBS, nikmat Allah yang manakan kau dustakan’

Kisah Di TBS.

Sekeluarga datang. Mak, ayah, abang sulong umur Dalam 5-6 tahun. Anak tengah umur Dalam 2-3 tahun (sebaya Serikandi rasanya) Dan anak bongsu Masih berbedung.

Mereka kelam Kabut turun ke platform.

Aku dengar mereka nak ke JB. Tiket mereka pukul 7. Bas mayang sari.

'Kisah di TBS, nikmat Allah yang manakan kau dustakan'

Berkejaran lah satu keluarga ni. Ayah pikul beg besar. Abang pegang tangan adik..si Ibu dukung baby. Berlalei mereka sebab takut tertinggal bas.

Setibannya Di pintu perlepasan, Nama Dan tiket mereka tak sah. Bila disemak, tiket mereka adalah esok.

Allahuakhbar.

Aku yang dengar pun sebak. Berubah wajah si ayah. Garu kepala Dan tidak henti sebut nama Allah. Dia sedar dia buat kesilapan.

Si Ibu Pula terus duduk atas kerusi. Mungkin kepenatan mendukung baby.

Anak-anak Yang tak faham teruja melihat bas. Tak sabar nak masuk.

Allahuakhbar.

Aku puji brader Yang Jaga pintu. Dia Cuba tenangkan si ayah. Dia kerap bertanya kawan-kawan kerjanya Yang lain jika Ada syarikat Yang Sama Ada bas ke JB yang kosong ( penumpang tak hadir ).

Tapi Aku dengar melalui walkie talkie. Semuanya full.

Si ayah duduk termenung. Anak-anak Masih lagi melambai setiap bas Yang lalu. Mereka terlalu seronok nak balik kampung.

Apabila si ayah buntu Dan tunduk. Si Ibu memicit bahu si ayah. Jelas nampak si Ibu Cuba tenangkan si ayah.

Aku dengar.

“Alah bang, tak apa. Lewat sehari. Janji boleh balik. Jom Kita balik rumah dulu. Esok Kita datang.”

Berapa sabar Dan tabahnya sang isteri.

Allahuakhbar.

Si suami ambil anak Dan cakap. Bas Kita esok. Papa silap tengok ticket.

Anak-anak Yang teruja terus suram. Tapi mereka tak menangis.

Aku doakan keluarga ini dimurahkan rezeki dari Allah seluas-luasnya.

Jika mereka mempunyai kenderaan sendiri. Aku yakin. Mereka tidak menggunakan bas. Ayah mana nak tengok Ibu Dan anak bersusah payah kejar bas.

Aku tahu.

Sebab dulu Aku 6 beradik. Rapat-rapat. Abah dulu takde kereta. Kami Naik bas dari seremban – Ipoh untuk Hari Raya.

Jadi Aku faham sangat perasaan si ayah. Perasaan si anak Yang teruja. Dan mungkin juga perasaan ini yang menjadi tulang belakang untuk menenangkan si ayah Dan anak.

“Fabiayiala irobikuma tukaziban”

Nikmat Allah yang manakan kau dustakan.

Afathihah Mak. Robiah binti Baharom.

BACA :

‘Masalah kewangan banyak berpunca daripada gaya hidup, bukan sara hidup’
‘Aku tak rasa pun arwah tu menyeramkan, arwah sebenarnya lawa tau….’
Individu bela pelbagai haiwan reptilia dalam rumah, ‘Ini rumah ke zoo’