Kisah disebalik potongan rambut 6 Jahanam

Kisah disebalik potongan rambut 6 Jahanam. Semasa P.Ramlee ingin mengarahkan filem 6 Jahanam, beliau ingin mencipta watak kepada setiap pelakon yang membawa peranan 6 Jahanam tersebut dengan keadaan yang berbeza. P.Ramlee ingin menggambarkan kesemua karektor 6 Jahanam ini betul-betul ganas supaya ianya nampak benar-benar jahanam.

Pada satu hari P.Ramlee telah memanggil keenam-enam pelakon yang terlibat dengan beberapa orang tukang gunting rambut yang didatangkan khas oleh P.Ramlee ke studio Merdeka.

P.Ramlee telah meminta tukang gunting rambut itu momotong rambut keenam-enam pelakon itu dengan gaya yang berbeza. Ada yang botak, ada juga yang botak separuh dan juga ada yang gondol.

Tetapi keenam-enam mereka hanya menurut sahaja kehendak P.Ramlee.

Untuk makluman semua, ketika di studio Merdeka bukan mudah pelakon-pelakon baru dari studio itu dapat berlakon di dalam filem P.Ramlee kerana beliau sangat teliti dalam pemilihan pelakon untuk filem-filemnya.

Kisah disebalik potongan rambut 6 Jahanam

Bagi mereka semua betapa beruntungnya dapat tawaran berlakon di dalam filem P.Ramlee, jadi setakat botak atau gondol kepala tidak menjadi masalah besar.

Keenam-enam pelakon yang terlibat untuk dipotong rambutnya ialah Ahmad Dadida (Karambit), Osman Botak (Paragas), Sharif Baboo (Mumbala), Ibrahim Sabtu (Jagindas), Kamal Idris (Katipang) dan J.B Yusoff (Sujama)

Sumber: https://www.facebook.com/groups/785267792063800/permalink/1229337224323519/?sfnsn=mo&ref=share&mibextid=VhDh1V

BACA:

Rupanya paling eksklusif di dunia, Buggati Chiron TMJ jadi perhatian

Lauk dah siap hidang tapi nasi belum masak, suami ceraikan isteri