Kisah Masitah Buta, usahawan kongsi pengalaman hilang penglihatan bikin netizen sebak

Kisah Masitah Buta, usahawan kongsi pengalaman hilang penglihatan bikin netizen sebak.

Anda kenal sosok wanita dalam gambar di bawah?

Kedua-duanya orang yang sama. Cuma gambar berbaju kuning ketika penglihatan beliau masih ada dan baju biru pula selepas dia disahkan buta.

Kisah Masitah Buta, usahawan kongsi pengalaman hilang penglihatan bikin netizen sebak

Masitah seorang usahawan hebat dalam bidang aircond yang terlibat dalam kemalangan jalan raya bersama beberapa orang staff nya. Seorang staff meninggal dunia dan dia sendiri cedera parah.

Tulang tubuh Masitah patah berkatam-katam. Kepala pecah dan pelbagai kecederaan lagi. Alhamdulillah, selepas berbulan-bulan mendapatkan rawatan umurnya masih panjang walaupun penglihatannya hilang dan dia belum boleh berjalan.

Seminggu dua lalu wanita ini amat popular di TikTok. Ramai orang berkongsi video tentang kisahnya.

Masyarakat teruja melihat betapa positifnya wanita ini. Dia menganggap apa yang berlaku kepadanya sebagai satu gurauan dan hadiah daripada Allah s.w.t. Wajahnya sentiasa tersenyum tenang seperti tidak ada apa-apa yang perlu diratapi.

Kisah Masitah Buta, usahawan kongsi pengalaman hilang penglihatan bikin netizen sebak

Ketika fenomena tentang wanita ini menghiasi media massa, saya cuba berlagak biasa-biasa. Malas untuk teruja lebih-lebih. Saya tahu dia hebat tetapi biarlah. Saya tak mahu terlibat dalam keterujaan yang ‘easy come easy go’.

Tetapi, ada dua kata-kata wanita ini yang melekat kukuh di minda saya. Walaupun saya cuba melupakan namun gagal.
Malah kata-kata tersebut seolah-olah menjadi satu spirit yang luar biasa dalam jiwa.

Pertama.

Ketika seorang lelaki muda datang bertemu Masitah untuk meminta secebis kekuatan. Lelaki itu menceritakan segala tragedi buruk yang menimpa dirinya. Dia benar-benar sedang rebah.

Jawab Masitah dalam senyuman. Saya tahu ujian anda berat. Tetapi anda masih ada mata? Tulang anda pernah patah berkatam-katam? Kepala anda pernah pecah?

Lelaki tersebut tergamam lalu menjawab tidak!

Maka kata Masitah, jika tidak bermaksud awak boleh bangkit lebih hebat daripada saya!

Allahuakhbar! Saya terkedu. Terasa betapanya diri kita tidak tahu bersyukur selama ini. Malah segala nikmat yang Allah berikan tak pernah kita manfaatkan semaksimumnya. Kita sia-siakan kerana yakin nikmat itu akan kekal sampai bila-bila. Kita terlupa segala nikmat yang ada hanyalah pinjaman sementara.

Kedua.

Pesan Mashitah, berhenti merasakan diri sebagai MANGSA kerana apa yang terjadi adalah kurniaan Allah. Terima dengan senyuman. Jika baik alhamdulillah. Jika tidak baik juga alhamdulillah dan terus bangkit untuk membetulkan silap.

Hebat pesanan ini. Selama ini kita selalu merungut dan menganggap diri sebagai mangsa apabila tidak peroleh apa sahaja yang kita mahukan atau keadaan tidak menyebelahi kita.

Sebenarnya kita bukan mangsa. Tetapi takdir Allah sebegitu untuk menguji sabar dan reda hamba-Nya.

Semoga kisah Masitah yang saya kongsikan ini bermanfaat untuk kita semua.

BACA :

Remaja cedera sewaktu menangkap ikan, hidung tertusuk anak panah
MRT laluan Putrajaya percuma sehingga 31 Mac
Berpeluang mengaji al-Quran secara bersanad dengan ulama Mesir