Kisah si Tukang Masak

Kisah si Tukang Masak

“Saya nak bungkus Nasi Beriani satu , orang rumah saya mengidam, kata seorang lelaki lebih kurang umur lewat 40 An petang tadi.

“Abang nak nasi beriani apa ya ? Ada ayam , daging , kambing , lamb shank, dan itik , mana satu abang nak ? Soalan suamiku.

“Saya nak Nasi Beriani itik bahagian peha dan nasi lebih ya , jawab lelaki itu.

Kisah si Tukang Masak

NAzli pun punch di kaunter dan menghulurkan resit, laungan suara Nazli bergema di Restoran Haji Tamby “Nasi Beriani itik bahagian peha satu bungkus dan Nasi Tambah ya”, laungan Nazli di dengari team belakang dan segera mereka membungkuskan.

Tidak sampai 5 minit, bungkusan Nasi Beriani sampai di tangan Nazli, dan di hulurkan kepada lelaki tadi dengan resit sekali’

“Saya minta maaf, saya takde duit untuk membayarnya, tengok dompet saya kosong, dia menunjukkan dompet duitnya yang berwarna coklat yang kosong.

Terkejut Nazli mendengar kata kata keluar dari mulutnya.

Hati berbolak balik.

Bagi atau tidak ?

Allah Allah Allah

“Ambil lah , saya halalkan”, Nazli berkata dan berlalu pergi.

Inilah perjuangan bisnes makanan seperti kami.

Kami lah yang di datangi oleh mereka mereka ini, demi sesuap nasi.

Bukan sekali dua, malah beberapa kali, premis makanan sebeginilah yang menjadi cubaan mereka meminta belas simpati.

Allah Allah Allah

P/S: Gambar adalah sedekah Jumaat Nasi Beriani Haji Tamby hari ini. Ada penginfak ataupun tidak , kerja kerja amal ini tetap kami teruskan selagi perniagaan Haji Tamby masih wujud.

BACA :

Kanak-kanak usia 12 tahun tamatkan pengajian dengan lima ijazah
Kisah Masitah Buta, usahawan kongsi pengalaman hilang penglihatan bikin netizen sebak