Kos umrah bukan bidang kuasanya – Timbalan Menteri Pas

Kos mengerjakan ibadah umrah ditetapkan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dan bukan di bawah bidang kuassanya, katanya Timbalan Menteri Pas yang dikecam dengan kes Alphard no plat 2 angka P45.

Peningkatan kos adalah disebabkan susulan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP), sama ada di pihak Arab Saudi atau kerajaan Malaysia, menurutnya lagi.

Marzuk juga berkata permintaan mengerjakan umrah kini semakin meningkat selepas kerajaan Arab Saudi membenarkan rakyat luar mengerjakan ibadah berkenaan.

“Peningkatan kos RM6,900 ini membabitkan bayaran visa umrah, harga tiket penerbangan pergi balik, kos pengangkutan dan penginapan hotel di Tanah Suci, kos makan dan minum, upah pembimbing umrah atau mutawif, kos ujian saringan Covid-19 dan kuarantin selepas selesai ibadat berkenaan,” katanya.

Timbalan Menteri Agama berkata, Arab Saudi mengenakan Cukai Nilai Tambah (VAT) lebih tinggi, iaitu daripada lima peratus seperti pengumuman awal kepada 15 peratus.

“Permintaan mengerjakan umrah rakyat Malaysia pada masa kini semakin meningkat dan kerajaan Arab Saudi tidak menghadkan kuota kemasukan ke negaranya.

“Namun mereka (Arab Saudi) telah menetapkan jumlah yang ingin memasuki Masjidil Haram dari masa ke semasa,” katanya kepada pemberita.