KPM siasat dakwaan guru gigit bibir pelajar perempuan di Kelantan, ‘Gigi cikgu kuning, mulut hitam’

Kementerian Pendidikan (KPM) sedang menjalankan siasatan terperinci berhubung kejadian pelajar trauma dan bergelora emosi selepas didakwa digigit seorang guru lelaki di sebuah sekolah di Kelantan, yang tular di media sosial pada Ahad (9 Julai).

Timbalan menterinya Lim Hui Ying berkata kementerian memandang serius dakwaan itu dan akan mengambil tindakan sewajarnya jika kejadian itu terbukti benar.

“Kementerian telah mengenal pasti posting yang dimuat naik di Facebook yang mendakwa kejadian itu. Insiden itu tidak sepatutnya berlaku. Kami sedang menyiasat lebih lanjut dan akan mengambil tindakan sewajarnya.

KPM siasat dakwaan guru gigit bibir pelajar perempuan di Kelantan, 'Gigi cikgu kuning, mulut hitam'

“Saya ingin menegaskan bahawa kementerian tidak akan berkompromi dalam isu sebegini,” katanya kepada pemberita selepas lawatan kerjanya ke Sekolah Menengah Kebangsaan Bagan Jaya pada Isnin (10 Julai).

Lim mengulas kenyataan seorang wanita yang mendakwa anaknya berasa takut untuk ke sekolah kerana sering digigit guru lelaki.

Dakwanya, anaknya bukan satu-satunya mangsa kerana ia turut menimpa beberapa pelajar lain.

Semasa lawatannya, Lim berkata kementerian telah meluluskan RM500,000 untuk menaik taraf dan penyelenggaraan SMK Bagan Jaya.

Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng yang turut hadir menyumbang RM200,000 untuk pembaikan tandas dan pemasangan penghawa dingin di bilik kakitangan.

BACA :

[VIDEO] Batu besar bergolek turun bukit hempap kereta, dua maut
[VIDEO] Suami isteri cedera disimbah asid, kedai dibakar