Kuah kosong pun kena caj sekarang, pelanggan bengang

Kuah kosong pun kena caj sekarang, pelanggan bengang.Dalam menikmati nasi sebagai santapan, pasti akan dihadiri dengan kuah sebagai pelengkap dan penambah rasa. Tambahan kuah mencipta rasa kepada setiap suapan ke dalam mulut. Jika makan nasi kosong, pasti ia kurang menyelerakan kan?

Dan, dalam ekonomi yang terumbang-ambing ini, ada dua perspektif yang berbeza tentang pendapat mengenai keperluan serta kewajaran untuk caj kuah ketika makan di kedai. Ia berbeza pendapat antara pelanggan dan peniaga. Mungkin kita juga boleh melihat kepada sisi kuantiti atau jenis kuah yang diminta.

“Ini Pun Nak Kira?”, Pelanggan Mengeluh Kena Caj Kuah, Bertikam Lidah Dengan Peniaga
kena caj kuah

Semalam, satu video telah tular di laman TikTok berkenaan isu yang disebut di atas. Video yang telah dimuatnaik oleh @faraysoff dipercai peniaga kedai makan di salah sebuah kedai di Kedah membincangkan isu tersebut.

Hal ini terjadi kerana, seorang pelanggan lelaki datang ke kedainya untuk membeli nasi bersama kuah asing kosong. Ketika ingin membayarnya, lelaki itu mempertikai dan menanyakan soalan kenapa kuah kosong perlu dicaj sedangakan selama ini dia tidak pernah membayar kuah kosong di mana-mana kedai jika membelinya bersama nasi.

Kuah kosong pun kena caj sekarang, pelanggan bengang

Melalui perkongsian video berkenaan, nasi kosong yang dibeli pelanggan tersebut dicaj dengan harga RM1 dan kuah asing kosong juga dikenakan harga caj yang sama, iaitu RM1.

“Sebab sekarang, tengok harga barang macam mana. Adik cuba tengok harga barang macam mana?”, kata peniaga berkenaan kepada pelanggan dalam video tersebut.

Meninjau ruangan komen, pelbagai pendapat diberi oleh netizen. Ada yang menyokong kenyataan peniaga terbabit bahawa caj yang dikenakan sudah berpatutan, manakala ada juga yang menyanggah pendapat berkenaan.

Mengambil salah satu komen netizen, @cikkbungaa_ berkata, seumur hidupnya makan di mana-mana kedai, dia tidak pernah dikenakan caj untuk tambahan kuah.

“Seumur hidup makan dekat kedai, tak pernah lagi orang cas kuah, 3/4 tahun kerja kedai makan tak pernah llagi kami cas atau beli tempat lain takda yang cas kuah,”tulisnya pada ruangan komen memberi pandangan isu kena caj kuah ini.

“Kuah Tidak Pernah Kena Kira”

Manakala, ada juga netizen berpadangan hal yang sebaliknya. Mereka mengira kos pengeluaran seperti plastik dan getah yang perlu juga dikira yang sesetengah orang tidak nampak.

“Kalau kuah sikit memang takda caj. Mai suruh bungkus, tu faham faham lah caj. Habis harga plastik bungkus, costing hat lain macam mana?” soal @UmmiMie.

“Kos Pembuatan Kuah Guna Duit Juga”

Sebagai kesimpulan isu kena caj kuah ini, untuk pengiraan kuah ini, perlulah dilihat dari segi kuantiti yang diminta pelanggan. Ia juga bergantung kepada hak peniaga terbabit. Ada yang bependapat kuah kosong tidak perlu dicaj, anggap sahaja sebagai sedekah dalam berniaga.

Dan, ada juga yang berpendapat perlu dicaj jika meminta kuah banjir kerana kos kuah juga perlu dikira. Kalau pendapat korang macam mana?

@faraysoff orang berniaga sila jawab 🙃 . mai kedai komplen kuah dicaj harga 😏 . #fypシ゚viral #fyp ♬ original sound – 𝖋𝖆𝖗𝖆.𝖞𝖘𝖔𝖋𝖋 🕊

BACA:

Johny Depp tak minat kutuk Amber, fokus untuk teruskan hidup

Isu masalah air, balak didedah Husam tidak akan gugat Pas

Berhabis RM3,000 ‘modified’ kereta untuk kemudahan ayah, lelaki ini terima pujian