Kudapan yang enak, manis, pedas dan rangup! Popia sira ini wajib dicuba

Kudapan yang enak, manis, pedas dan rangup! Popia sira ini wajib dicuba.

SEDAPNYA popia sira ni. Ramai yang sukakannya. Tekstur popia yang rangup, ditambah pula dengan sos yang pedas-pedas manis, memang enak dikunyah.

Pendek kata makan satu balang pun tak sedar habis. Kunyah-kunyah sambil menonton TV oh nikmatnya terasa!

Bagi anda yang tercari-cari resipi popia sira yang sedap dan mudah disediakan, resipi perkongsian Adam Adwa ni antara yang boleh dicuba. Pasti puas hati.

Bahan-bahannya;

• Kulit popia
• Tepung gandum
• Cili kering
• Sos cili
• Gula
• Garam dan serbuk perasa
• Kacang jika mahu
• Bijan jika mahu

*Csra membuatnya:*

1. Untuk 1 paket kulit popia saiz 8 inci, belah dua. Leraikan satu-satu (untuk belah pertama). Lagi satu simpan kt chiller. Takut kering nanti susah gulung.

2. Gulung macam biasa dan gamkan hujung dengan cairan tepung gandum. Dah siap semua gulung potong-potong serong dan goreng. Angkat toskan.

*Untuk sambal sira bagi sepaket kulit popia;*

1. Tumiskan dua sudu besar cili kisar sampai pecah minyak. Masukkan tiga hingga empat sudu besar sos cili.

2. Kemudian masukkan empat hingga lima sudu besar gula, sedikit garam serta serbuk perasa.

3. Masak dengan api kecil hingga buih-buih wap air dah hilang. Yang tinggal buih-buih halus gula. Masa ini, rasakan jika semua ok boleh masukkan popia yang sudah digoreng.

4. Boleh masukkan kacang yang telah disangai. Jika suka boleh tambah ikan bilis yang telah digoreng.

5. Tutup api, gaul rata perlahan-lahan hingga sekata dan boleh masukkan bijan yang telah disangaikan. Sejukkan dan boleh disimpan.

Selamat mencuba!

BACA JUGA:

Waktu dalam pantang, kena elak 6 makanan ini kalau tak mahu badan berangin

Resipi Kimchi sedap dan mudah nak buat walaupun bahan tak cukup

Banjir Johor: Enam daerah masih terjejas