‘Laut yang kecik pun tak habis explore dah sibuk nak jajah angkasa!?’

LAUT YANG KECIK PUN TAK HABIS EXPLORE DAH SIBUK NAK JAJAH ANGKASA!?

Rasanya semua orang pun tahu yang lautan memenuhi 70 peratus permukaan Bumi, tapi kalau nak dibandingkan dengan Angkasa Raya kita yg luas tak berpenghujung, laut kita ni kecik cenonet je kan.

Tapi korang sedar tak? baru ~20 peratus je kawasan laut yang berjaya diterokai oleh manusia, tapi kita tahu lagi banyak tentang permukaan marikh daripada lautan! daripadanya. Maknanya sikit je pasal laut yang kita tahu rupanya.

'Laut yang kecik pun tak habis explore dah sibuk nak jajah angkasa!?'

Jappp …….

Bukan ke sejarah maritim dah lama wujud, malah manusia sudah melayari lautan semenjak beribu-ribu tahun yang lalu.

Ekspedisi saintifik yang pertama untuk menerokai lautan dan dasar laut dunia adalah pada tahun 1872. Manakala penerokaan angkasa hanya bermula pada lingkungan abad ke-20 dimana satelit pertama yg berjaya dilancarkan adalah pada tahun 1957.

Takkanlah pengetahuan kita pasal laut masih rendah?

Hmm LEMAH!

Pada masa kini, dah bermacam-macam bentuk penemuan di angkasa yang kita boleh lihat. Malah teknologi canggih membolehkan kita untuk melihat sejauh 13.2 bilion tahun cahaya! Jauuh tuuu.

Malang sekali kita tak mampu nak tengok lebih jauh kedalam lautan. Setakat yang berjaya diketahui, lautan yang paling dalam menghampiri 11 kilometer kedalaman iaitu di Mariana Trench.

Tepuk tangan.

Walaupun penerokaan laut tidaklah sehebat misi penerokaan angkasa lepas, pencapaian kita dalam sektor maritim patut diangkat dan dipuji. Ingat senang ke nak hantar orang ke dasar laut yang mempunyai tekanan udara beribu kali ganda daripada di angkasa?

Bayangkan kena himpit dengan 100 ekor gajah sado atau pun dihempap dengan 50 buah jumbo jet! Begitulah mencabarnya misi mengintai laut dalam. Sumber cahaya pun takdak dalam laut jadi nak nampak apa? Bukannya ada matahari dalam laut tu.

Misteri betul rupanya selama ni misteri lautan lebih banyak dari angkasa. Banyak lagi kejutan yang mungkin ditemui di dasar laut yang tunggu untuk diterokai. Hmmmmm

Maka sebenarnya kita kena terapkan nilai berani meneroka pada anak bangsa kita. Jangan takut cuba benda baru. Jangan takut meredah cabaran.

BACA :

Terlalu lama guna gajet bahaya untuk kulit, ini cara berkesan lindungi dari Sinaran Cahaya Biru
Pendapatan cecah RM7K tanam cili tepi rumah, ‘Berbudi pada tanah di balasnya berlipat ganda dengan izin ALLAH’
Budak lelaki pura-pura batuk selepas wanita sebelah batuk, ‘Taktik orang lama kau pakai dik’