Lelaki buat pendedahan tentang pesawat ringan terhempas di Elmina

Yang cenderong, baca, hadam, klu ada pembetulan, komen. Pesawat kategori ini saya tak pernah bawa, naik pun dua kali jer.
Saya busy dengan #RimbaRaid2023 saya.

Terima Kasih.

Terlalu banyak call dan Whatsapp. Apa yang saya tahu hanya dari Social Media dan TV serta surat khabar.

Lelaki buat pendedahan tentang pesawat ringan terhempas di Elmina

Semua yang saya tulis berdasarkan kenyataan publically available.

1. Tentang Pesawat ;

1a. Kategori light Private jet, kategori yang timbul dari beberapa pembuat pertengahan tahun 90an. Low Cost Private Jet. Dulu pertengahan tahun 70an hanya Cessna Citation pegang market ini. Boleh google.

1b. Boleh di pandu seorang Pilot. Selalunya Jet Awam pakai 2 pilot.

1c. Kalau penuh muatan mampu terbang hanya 3 jam lebih sahaja.

1d. Kelajuan dan Performance macam jet besar, antara 700 – 800 kmh.

1e. Model ni Di jual dari pertengahan tahun 2000an, dekat 200 lebih unit sudah di jual.

1f. No Pendaftaran jet ini dulu pernah di pakai oleh jet pelatih muat dua orang, Fouga Magister, agaknya sebelum di tukar ke jet yang malang ini. Macam interchange nombor JPJ.

1g. Rekod teknikal pesawat ada di simpan rapi dan akan menunjukan semaada condition operational pesawat menuhi perundangan.
2. Pendaftaran jet di Amerika.

2a. Isu pendaftaran jet luar negara beroperasi di negara kita ni sudah lumrah, dan biasa, pemakai yang kaya dan berstatus VIP. Banyak pesawat jet peribadi bertapak disini pakai no plet negara luar.

2b. Selalunya diberi kelonggaran 6 bulan atau lebih sebelum process reregistration di buat. Undang undang ada, amalan nya saya tidak pasti.

2c. Kalau pesawat itu berdaftar di Amerika, juruterbang harus ada lesen FAA. Tapi ini pun mungkin ada amalan konsesi.

2d. Ada undang undang penerbangan boleh di beri diskaun atau concessi sementara terpulang pada Pihak Berkuasa, bersebab sebab tertentu dan budi bahasa.

3. Juruterbang 2, penumpang 6, ada antaranya pilot pilot. Itu kira “full load” atau isian maksima untuk jet kecil ini.

3a. Isu Berat muatan dan lagi mustahak, isu “weight and balance” yang menentukan imbangan pesawat selamat sebelum terbang pasti sudah di buat.

3b. Namun begitu, harus di perhalusi dalam siasatan.

4. Di fahamkan pesawat terhempas 2 minit selepas dapat kebenaran mendarat.

4a. Lumrahnya kebenaran mendarat selalu di beri dalam 7-10km dari landasan.

4b. Ini bermakna pesawat dalam ketinggian diantara 1500 – 2500 kaki dari aras landasan, masa kejadian hilang kawalan berlaku.

4c. Atau dalam 3- 5 minit sebelum mendarat.

5. Kecelakaan hilang kawalan tanpa sebab yang di ketahui Pilot amat bahaya kalau pesawat rendah ke mukabumi.

5a. Kemungkinan jika berlaku di aras 20,000kaki, masih ada masa untuk pilot cuba betulkan keadaan, dan juga berhubung dgn control tower.
5b.Dalam kejadian ini, pesawat altitude ( ketinggian ) rendah.

5c. Mayday, laungan kecemasan bila ada isu yang melibatkan kecemasan serious pun tak ada.

5d. Video menunjukan haluan junam maut, tidak terkawal, terus impak muka bumi sekali gus terbakar.

5e. Impak vertical tu jelas kerana pesawat berkecai dalam kawasan 1-2 ekar sahaja.

6. Banyak isu technical lagi yang boleh menyebabkan kejadian in, antaranya ;

6a. Hilang imbangan haluan di sebabkan kerosakan satu enjin. ( tak teruk untuk pesawat ini kerana kedua enjin di belakang bukan macam pesawat enjin di kepak.

6b. Control surface failure ( alat alat kemudi kepak utama dan kemudi ).

7. Cuaca

7a Cuaca terang masa kejadian, udara stabil, dasar pengelihatan terang, lebih 10km.

7b. Isu Windshear tipis sekali menjadi akibat tapi kemungkinan ‘freak occurance’ tidak boleh di tolak tepi.

8. Isu pesawat kehabisan minyak tidak timbul.

8a. Ini boleh di sahkan dari log di Langkawi.

8b. Letupan dan kebakaran setelah pesawat terhempas bermakna pesawat ada minyak yang mencukupi untuk mendarat.

8. Siasatan

8a. Kemalangan ini tidak susah untuk siatat kerana kawasan crash tidak luas, di kawasan senang access, dan kawasan terlibat dalam 2 – 3 ekar.

8b. Pasti kerangka pesawat senang di jumpa di setempat.

8c. Pegawai CAAM semua berpengetahuan, berpengalaman dan bertauliah.

8d. Di fahamkan pesawat ini tiada di pasang FDR, hanya CVR.

8e. Ini akan merumitkan siasatan, dan hanya CVR, yang merakamkan sura dan bunyi bunyi dalaman masa penerbangan dapat memberi gambaran.

8f. Data pesawat seperti rajah penerbangan, haluan, kelajuan, attitude, dll semua tiada dengan tiadanya FDR.

8g. Ini merumitkan penyiasat untuk mengenal pasti sebab kejadian dari sudut teknikal dengan tepat.

9. Kotak Hitam

9a. Kotak Hitam sebenarnya berwarna oren. Senang cari.

9b. Kotak Hitam ada 2 component, CVR untuk rakam, radio, suara dan bunyi bunyi dalam kokpit.

9c. Satu lagi FDR untuk merakam data teknikal pesawat untuk dibaca balik jika ada kecelakaan.

9d. Untuk Pesawat Penumpang muatan ramai yang di selenggara Syarikat Penerbangan seperti MAS atau Air Asia, FDR dan CVR wajib ada.

9e. Perundangan pemasangan FDR CVR untuk pesawat persendirian saya kurang pasti wajib atau tidak.

10. Akhir Sekali

10a. Pasukan Siasatan saya pasti sudah di tubuhkan.

10b. Siasatan akan merangkumi ciri ciri mendalam.

10c. Rekod juruterbang, kesihatan, training file, keadaan jiwa, semua akan di selidik untuk menilai trend mental dan physical yang terlibat.

10d. Rekod Pesawat dari hari mula penerbangan pertama akan di halusi untuk menilai trend kerosakan, pembelaan, kalau ada apa apa modifikasi dan lain lain.

10e. Akhir sekali ad baik kita sedekah doa pada mereka yang kehilangan nyawa semalam.

Al Fatihah.

BACA :

‘Ada ibu bapa sanggup tipu pendapatan untuk sedikit bantuan, apa kamu masih punya agama?’
Wanita terkedu dijangkiti HIV, lidah bisul & berkulat, ‘Rupanya arwah suami pernah ‘makan luar’ masa hidup’
‘Cubaan ‘airlines’ halau anak usia 2 tahun dari pesawat yang sedang berlepas’