Lelaki duduk atas bumbung Vellfire ditahan Polis

Lelaki duduk atas bumbung Vellfire ditahan Polis. Tular seorang Lelaki duduk di atas bumbung kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire dipandu ketika bersiar-siar di pulau peranginan di utara tanah air.

“Siasatan awal mendapati, lelaki itu menetap di Taman Datuk Harun, Petaling Jaya, Selangor dan kumpulan rakannya adalah pelancong tempatan yang datang bercuti ke pulau ini.

Sebelum ini, tular rakaman video dan beberapa gambar memaparkan seorang lelaki keluar melalui bumbung kenderaan sebelum duduk di atas MPV mewah berkenaan ketika bersiar di pulau ini.

Lelaki duduk atas bumbung Vellfire ditahan Polis

Menurut Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari, berkata suspek warga tempatan berusia 25 tahun itu ditahan ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LTAL) di sini, pada jam 7 malam.

“Suspek direman selama tiga hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 21 Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana mabuk dan berkelakuan tidak senonoh di tempat awam,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

BACA:

Tun M bakal bertanding PRU15, kembali jadi calon PM?

Tarikh bayaran BKM tambahan RM500, jom semak

Buat hal lagi, aksi anak Azhar Sulaiman buat netizen ‘naik angin’