Lelaki ini dedah filem Mat Kilau pernah ‘shoot’ 7 tahun lepas, dah habis RM2.5 juta.Filem epik Melayu, Mat Kilau melakar sejarah apabila mengutip jumlah tayangan RM39 juta dalam tempoh 10 hari.
Menampilkan Syamsul Yusuf sebagai pengarah, orang ramai memuji filem ini yang dikatakan setanding dengan filem antarabangsa.
Di TikTok, tular perkongsian seorang lelaki memaparkan babak di belakang tabir filem Mat Kilau tujuh tahun lalu.
Pengguna TikTok @thenazfamily mengatakan bahawa filem Mat Kilau sebenarnya sudah menjalani penggambaran pada 2014 yang menelan belanja sebanyak RM2.5juta.
Filem itu dipercayai menjalani penggambaran semula dengan pengarah dan pelakon berlainan. Punca penggambaran semula dilakukan bagaimanapun tidak dinyatakan.
Apa yang menarik perhatian ramai adalah aksi terbang-terbang pelakon dari atas pokok. Ada juga babak di mana pelakon terjun ke bawah dari bumbung rumah. Lain macam!
Di ruangan komen, pelbagai reaksi yang ditinggalkan netizen. Ada yang berseloroh mengenai hasil filem itu apabila Shuk Sahar turut kelihatan di hujung-hujung video.
@thenazfamily Apa sebab filem ni kena reshoot semula? Korang tahu tak? #matkilau #matkilau2022 #matkilauchallenge #matkilaufilem #fyp #fypシ ♬ Mentera Semerah Padi – M. Nasir
BACA:
Tolong berhenti guna 4 produk kosmetik ini, tegur KKM
Netizen pertikai harga minyak masak Singapura lebih rendah dari Malaysia
Pernah kecoh kerana berkesedudukan, pasangan pelakon ini rupanya telah berkahwin