Lelaki kongsi tips mudah hilangkan bau durian dalam kereta

Lelaki kongsi tips mudah hilangkan bau durian dalam kereta.

Umum mengetahui yang sekarang merupakan musim durian. Ke mana sahaja kita pergi, pasti kelihatan beberapa gerai durian yang dibuka di tepi jalan, sama ada dihidangkan untuk dimakan di situ atau di bawa pulang ke rumah.

Namun, dilema ‘hantu durian’ sudah semestinya bau buah tersebut yang akan melekat dalam kereta saat ingin dibawa pulang.

Runsing memikirkan cara untuk menghapuskan bau yang kurang enak?

Lelaki kongsi tips mudah hilangkan bau durian dalam kereta

Lelaki ini berkongsi tips yang mudah untuk dikuti:

1. Tutup aircond, sebab kalau tak, bau durian melekat dalam condensor dan filter aircond.

2. Ambil surat khabar, jadikan dalam empat hingga lima kepul, celup air dan perah. Biar ia lembab, bukan basah kuyup. Campakkan dalam boot dan dalam kabin untuk semalam dua.

Insya-Allah, hilang bau sebab air dengan carbon ink pada fibre kertas surat khabor tu akan secara aktif tarik molekul bau tu ke kertas basah.

“Hanya kertas surat khabar tau. Saya cuba kertas lain, tak jadi.

“Tapi bau muntah, terutama muntah susu tu, susah nak hilangkan, terutama bila kau biarkan dia dan parking tengah panas,” katanya.

BACA :

[VIDEO] ‘Berani mak jemur kain atas motosikal Ducati ni..’, netizen terhibur
Kes Sulu bukti Malaysia pertahan kedaulatan negara
Sangka hanya gurauan, adik mesej hidap kanser ‘pergi’ lebih awal dari jangkaan