Lelaki mirip suara P.Ramlee nyanyi lagu ‘Alahai Kacang Ketot’ pula, siap dukung anak

Lelaki mirip suara P.Ramlee nyanyi lagu ‘Alahai Kacang Ketot’ pula, siap dukung anak. “Alahai kacang ketot, bilanglah satu-satu, tidoqlah adik tidoq, takutlah burung hantu”.

Sebelum ini, lagu berkenaan pernah tular di TikTok menyaksikan seorang kanak-kanak perempuan sedang mendodoikan adiknya tidur. Namun siapa sangka bagi seorang lelaki ini, dia menjadi perhatian setelah mengubah iramanya persis muzik Tan Sri P. Ramlee.

Alahai kacang ketot, bilanglah satu-satu

Di akaun TikTok milik bamlie890, seorang ayah terlihat mendukung anaknya pada bahagian depan badan sampai menyanyikan lagu trending berkenaan.

Langsung tidak kedengaran seperti dibuat-buat, alunan suaranya sangat menyerupai nyanyian seniman terkenal itu. Walaupun ia hanyalah versi pendek, pun begitu rakaman berkenaan berjaya meraih sehingga 700,000 jumlah tontonan.

Lelaki mirip suara P.Ramlee nyanyi lagu 'Alahai Kacang Ketot' pula, siap dukung anak

Tidak ketinggalan, satu lagi video ketika dia cover lagu ‘Tiara’ di dalam kereta juga menarik perhatian ramai.

Menggunakan teknik suara daripada hidung, lenggok nyanyian itu tidak dinafikan 99% benar-benar sama seolah kita sedang melihat Allahyarham P. Ramlee membuat persembahan depan mata.

@bamlie890 ‼️Merdu suara P.Ramlee @laguvideoradhi tidorkan anak❤️ #versipramlee #radhipersispramlee ♬ Alahai si kacang ketot versi P. Ramlee – Bamlie Officials✅

Tunggulah nanti mesti ada TV jemput interview…Ingatkan miming, memang sebijik
Menerusi ruangan komen, netizen sangat kagum dengan persamaan suara lelaki itu dengan Tan Sri P. Ramlee. Disangkakan miming walhal sedang menyanyi secara live, ramai yang tak berhenti memberinya pujian melambung.

BACA:

Lelaki terkini hina Islam dan Nabi berjaya dikenalpasti, rupa-rupanya…

Indonesia anggap henti kemasukan pekerjanya ke Malaysia langkah tepat