Lelaki OKU terpaksa alih motorsikal halang laluan tactile

Bagi orang kelainan upaya (OKU) khususnya bagi yang buta penglihatan, yang mahu menggunakan perkhidmatan awam, kebiasaannya mereka akan menggunakan laluan tactile yang disediakan untuk menunjukkan arah buat mereka ke tempat yang ingin dituju.

Lelaki OKU terpaksa alih motorsikal halang laluan tactile

Walau bagaimanapun, nampaknya kegunaan laluan bercorak timbul yang lazimnya dijumpai di tempat awam ini masih lagi belum diketahui ramai kerana masih terdapat lagi segelintir masyarakat yang sewenang-wenangnya meletakkan ‘halangan’ di atas laluan itu tanpa memikirkan fungsinya kepada individu yang memerlukan.

Lelaki OKU terpaksa alih motorsikal halang laluan tactile

Baru-baru ini, tular di media sosial apabila seorang wanita telah merakam situasi yang dialami oleh suaminya yang merupakan OKU penglihatan ketika mahu berjalan di sebuah stesen MRT di ibu kota.

Menerusi video yang dimuatnaik oleh @mrranggapnnadia pada 29 Mei lalu, dapat dilihat bahawa laluan tactile yang sepatutnya digunakan untuk memberi panduan kepada OKU telah dihalang oleh sebuah motosikal yang diletakkan melintanginya.

Disebabkan itu, suami wanita itu dirakam berusaha untuk mengalihkan motosikal itu ke tepi supaya tidak lagi menghalang laluan tactile tersebut.

Lelaki OKU terpaksa alih motorsikal halang laluan tactile

Lelaki OKU terpaksa alih motorsikal halang laluan tactile

Sambil mengepit tongkat di bawah lengan, suami wanita itu kelihatan berusaha untuk mengubah kedudukan motosikal itu seorang diri.

Disebabkan kejadian yang sempat dirakam itu, wanita itu sempat memberikan peringatan kepada orang ramai untuk sama-sama menyediakan laluan tactile yang selamat dan bebas dari halangan untuk keselamatan orang buta yang menggunakannya.

Lelaki OKU terpaksa alih motorsikal halang laluan tactile

Sehingga entri ini dihasilkan, kiriman ini telah meraih sehingga lebih dari 165,900 sukaan dan 4,368 komen daripada ramai warganet yang berkongsi pandangan masing-masing berkenaan isu ini.

Oleh itu, sama-samalah kita menjadi masyarakat yang lebih prihatin dengan keperluan pengguna lain dan tidak lagi mementingkan diri sendiri.

BACA :

Kisah Masitah Buta, usahawan kongsi pengalaman hilang penglihatan bikin netizen sebak
Rupa-rupanya ini yang berlaku pada malam terakhir Allahyarham P. Ramlee hidup, ramai yang tak tahu
Rahsia cuci karpet tanpa perlu hantar dobi, hasilnya nampak macam baharu