Lepas beli rumah RM5 juta, Iqbal menghilang… Ini rupanya yang berlaku

Lepas beli rumah RM5 juta, Iqbal menghilang… Ini rupanya yang berlaku. Ahmad Iqbal Zulkefli dilihat agak sepi daripada sebarang kisah kontroversi yang membuatkan dirinya sentiasa menjadi perhatian masyarakat.

‘Kehilangannya’ itu turut dirasai oleh pengikutnya sehinggakan ada yang bertanya mengapa Iqbal mendiamkan diri daripada media sosial selain berasa bosan tanpa cerita sensasi mengenainya dalam media.

Menjelaskan mengenai perkara itu, Iqbal berkata, ketika ini dia memang jarang aktif di media sosial kerana menguruskan hal berkaitan perpindahan ke kediaman baharu selain sibuk di pejabat dan menjaga anak angkatnya.

Iqbal baharu sahaja membeli sebuah rumah mewah di Bangsar, Kuala Lumpur.

Iqbal berkata, ketiadaannya itu juga dapat memberi peluang kepada orang lain untuk tular dan tidak hanya kisah dirinya menjadi perhatian.

Lepas beli rumah RM5 juta, Iqbal menghilang... Ini rupanya yang berlaku

“Selepas ini saya akan aktif semula… Sementara itu, saya beri ruang kepada orang lain pula viral.

Pilih rumah di kawasan elit, Iqbal Zulkefli beli banglo RM5 juta

Sebelum ini, Iqbal menjadi perhatian selepas mendedahkan membeli sebuah banglo mewah berharga RM5 juta yang terletak di Bangsar, Kuala Lumpur.

Usahawan itu memberitahu memilih lokasi itu kerana ia berhampiran dengan ibu kota Kuala Lumpur yang memudahkan urusan hariannya.

Dalam pada itu, Iqbal mengakui berasa tidak selesa apabila ada permintaan daripada pengikutnya yang mahu melihat rumah mewah itu dan hiasan dalamannya.

Kata Iqbal, dia tidak gemar berkongsi tentang rumah atau kereta di media sosial kerana merasakan ada sesetengah benda itu perlukan privasi.

“Jika aksesori tak kisah. Insya-Allah, jika ramai mahu tengok, saya tunjukkan juga nanti.

“Dah siap rumah ini, saya pun ingat nak buat makan-makan santai sedikit,” katanya yang memberitahu sudah menghabiskan RM200,000 untuk kerja-kerja ubah suai kediaman berkenaan.

BACA:

Bantuan bina dan baiki rumah, ini syarat dan cara memohon

Jawatan kosong di Majlis Perbandaran Dungun, gaji cecah RM9,643

4 remaja dari Malaysia diterima masuk ke Akademi Tentera Amerika yang berprestij