Lepas tonton Mat Kilau, Ebit Liew tunjuk skill ‘buah silat’

Lepas tonton Mat Kilau, Ebit Liew tunjuk skill ‘buah silat’.Tular sebuah klip video memaparkan pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew buka ‘buah silat’ selepas menonton filem Mat Kilau di pawagam.

Bukan sahaja pantas dalam menghulurkan bantuan kepada golongan memerlukan, Ebit Lew juga tidak terlepas menyaksikan filem inspirasi sejarah pahlawan Melayu, Mat Kilau – Sebuah Kebangkitan yang berjaya ‘pecah panggung’ di Malaysia.

Dalam sebuah video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya siang tadi, beliau sempat menunjukkan aksi beberapa gerakan silat dan berjaya mencuri tumpuan orang ramai di media sosial.

Walaupun dalam berpakaian jubah, pendakwah itu sempat menunjukkan keterujaannya dengan ‘mengacah’ tarian silat sehingga ‘tergolek’ seorang lelaki bersamanya.

Selain buka buah silat, Ebit lew turut sempat bergambar dengan poster filem tersebut yang dipaparkan dalam videonya.

Lepas tonton Mat Kilau, Ebit Liew tunjuk skill 'buah silat'

Video tersebut telah mendapat lebih 42,000 tanda ‘Suka’ dan 662 komen semasa artikel ini ditulis.

“The Real Mat Kilau ! Standby keris ustaz,” komen adrianedy7.

“Kenapa saya rasa ustaz ni comel sangat,” tulis claudiappeter_.

Rata-rata komen netizen meluahkan rasa terhibur melihat gelagat ustaz Ebit Lew berkenaan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

BACA:

Ditawarkan RM1.3 bilion untuk kembali pegang Jack Sparrow, Johny Depp tidak berminat

Polis lancar Ops Khas Penjaja, buru penjaja di persimpangan traffic light

‘King’ buat hal, pokok kelapa sawit tepi jalan pula jadi mangsa