Lisa Surihani hamil lagi? Sekali lain pula yang netizen perasan

[bg_collapse view=”button-orange” color=”#4a4949″ expand_text=”Tags” collapse_text=”Hide” ]Lisa Surihani hamil lagi? Sekali lain pula yang netizen perasan anak lisa surihani biodata lisa surihani lisa surihani ig adik beradik lisa surihani lisa surihani[/bg_collapse]

Lisa Surihani hamil lagi? Sekali lain pula yang netizen perasan.Wajah cantik Datin Lisa Surihani sememangnya tak jemu mata memandang. Lebih-lebih lagi setelah mengambil keputusan berhijab makin berseri-seri wajah isteri kepada Datuk Yusry Abd Halim ini.

Walaupun sudah lama tidak muncul dalam drama mahupun filem namun kelibat pelakon filem Istanbul Aku Datang ini masih mencvri tumpuan orang ramai.

Tanggal 23 Mac 1986 merupakan tarikh lahir kepada aktres, model, hos televisyen dan model iklan ini. Datin Lisa Surihani turut menzahirkan rasa syukurnya saat menyambut tarikh hari jadinya.

““Astaghfirullahalazim. Hadza Min Fadli Rabbi. Allah SWT bagi izin bertemu umur 36. Alhamdulillah. Banyak dan jauh sungguh lagi untuk mempelajari dan memperbaiki. SubhanAllah. Tidak terkira nikmat Allah SWT kurniakan.” tulis Datin Lisa di laman media sosial milik peribadinya. Happy birthday! Datin Lisa.

Berita gembira kepada peminat, Datin Lisa akan lancarkan produk sendiri

Lisa Surihani hamil lagi? Sekali lain pula yang netizen perasan

Dalam sibuk menguruskan rumahtangga dan ibu kepada tiga orang cahaya mata, Datin Lisa kini mengorak langkah menjadi usahawan wanita. Selebriti yang pernah mengacarakan rancangan televisyen Tanya Doktor ini muncul dengan produk penjagaan rambut di bawah jenamanya sendiri.

Bermula dengan kisah masalah rambutnya sendiri, Datin Lisa berkongsi formulasi yang membantu mengatasi rambut bermasalah.

“Produk ini bukan sahaja sesuai untuk semua golongan, malah apa yang lebih penting bagaimana Suri juga memberi fokus untuk mendapatkan rambut yang lebih sihat.
TONTON :

BACA:

Pengeluaran KWSP : Tambahan 20% selepas anda keluarkan perlu diganti semula

Tarikh penting KWSP yang wajib anda tahu sebelum mohon pengeluaran

Wanita terkejut jumpa ‘chat’ lucah suami dan anak gadis sendiri, hinggalah ini terjadi..