Live!!! kupasan Undi belanjawan ,apa implikasinya ?Khalid Samad

PAS kelihatan sudah terpesong jauh daripada prinsip perjuangan. Melayu Islam yang kononnya dilaungkan selama ini, umpama tiada mempunyai apa-apa erti apabila mereka dilihat seolah-olah tiada hala tuju dan hanyut entah kemana.

Dari kenyataan para pemimpin hinggalah ke peringkat akar umbi, PAS dilihat umpama lembu kenyang yang dicucuk hidungnya, mengiyakan apa sahaja yang diusulkan atau dibuat oleh rakan sekongkolnya dalam PN asalkan kepentingan mereka terpelihara dan kekal berkuasa.

Sejauh manakah peranan yang akan dimainkan PAS dalam emastikan kelestarian dunia politik Malaysia, relevan lagikah PAS yang kononnya memperjuangkan Islam sedangkan segala tindak-tanduknya tidak pernah sesekali menggambarkan pendirian dan prisip parti berkenaan dalam perjuangan.