‘Macam mana saya nak handle stres disebabkan ibu bapa bergaduh di rumah?’, Kalau tuan puan nk jawab apa?

‘Macam mana saya nak handle stres disebabkan ibu bapa bergaduh di rumah?’, Kalau tuan puan nk jawab apa?.

Tadi Dr Rozanizam Zakaria up status. Ada remaja tanya “Macam mana saya nak handle stres disebabkan ibu bapa bergaduh di rumah?”. Kalau tuan puan nk jawab apa?

Sebelum saya bagi jawapan, sebenarnya saya teringat bibit-bibit drama Dr. Cha.

Bila Dr. Cha tahu suami dia ada skandal sampai dapat anak (sebaya dengan anak remaja perempuannya) dia memang sedih yang amat. Sampai terduduk menangis dekat tangga hospital.

'Macam mana saya nak handle stres disebabkan ibu bapa bergaduh di rumah?', Kalau tuan puan nk jawab apa?

Sebab remaja tersebut sebenarnya kawan baik anaknya sendiri. Mereka pernah bertentang mata dan makan semeja sebelum Dr. Cha tahu hal sebenar.

Ini bagusnya Dr. Cha, dia seorang wanita yang berpelajaran. Dia meletakkan rasional dari bertindak mengikut perasaan.

Apa Dr. Cha buat?

Dia ajak anak remaja dia keluar makan. Mereka berbual dari hati ke hati. Bonding yang rapat tercipta sejak kecil buatkan Dr. Cha mudah untuk merapati anak remajanya.

Dan surprisingly, Dr. Cha kata dia minta maaf sebab anak remaja dia terbeban dengan isu ayah dia ada perempuan simpanan dan anak luar nikah.

Dia tak minta semua ni terjadi dan Dr. Cha minta supaya anak dia tak fikir pasal hal-hal orang dewasa. Dr. Cha mahu anak dia fokus belajar dan masuk universiti.

Walaupun ini sekadar drama Korea, nilai yang saya nampak disini ialah BILA KITA MENGHORMATI PERASAAN ANAK, anak juga akan turut belajar menghormati diri kita.

Selepas berada dalam hubungan yang caca-marba, akhirnya anak Dr. Cha sendiri minta ibu dia buat keputusan. Kalau bercerai pun tak kisah sebab dah tak sanggup tengok ibu dia sedih gini.

Sebelum habis episod, Dr. Cha terserempak dengan anak luar nikah suami dia (dalam gambar ni).

Dia kata, minta maaf sebab remaja macam kamu terpaksa hadap hal orang dewasa seperti ini. Dan Dr. Cha minta dia maafkan dan hormat ibunya walaupun tindakan ibu dia salah. Menangis member dibuatnya.

Berbalik pada persoalan Dr. Nizam tadi, pesan saya buat adik-adik remaja yang selalu berhadapan pergaduhan ibu ayah, tak perlu fikir tentang hal orang dewasa.

Kamu masih sangat muda. Utamakan keseronokan belajar dan berkawan. Sukses akademi atau sukan. Enjoy the journey dan capai kejayaan.
Dunia remaja sekejap cuma.

Hal dewasa sangat merumitkan. Jangan bebankan diri fikir bukan-bukan. Cari kawan yang betul buat teman. Jumpa kaunselor jika itu yang diperlukan. Cari lorong yang betul untuk sokongan. Ramai sebenarnya sedia hulur bantuan.

BACA :

Lelaki kongsi cara tanam durian dari bijinya
Anai-anai bina menara setaraf KLCC
[VIDEO] Nyanyian adik ini bikin netizen berdekah, perli ibu dalam lagu