‘MAE adalah apps paling tak guna buat masa ni’

MAE adalah apps paling tak guna buat masa ni dari Maybank. Rasanya ramai yang dah menyampah dengan apps ni. Saya bab nak migrate secure2u ke atau benda lain saya tak kisah lagi walaupun kejap-kejap saya kena unlink apps ni dengan M2U saya.

Yang paling saya bengang, kau dah la paksa semua pemegang akaun kau pakai apps ni. Lepas tu setiap akaun perlu pakai device yang berbeza.

Makna kata, kalau kau ada dua akaun Maybank. Kau kena ada dua device untuk download apps ni untuk dua akaun. Bangang kan? Kan menyusahkan pengguna tu. Dah la ekonomi tak berapa nak baik. Kau tambah beban pula pada pengguna.

'MAE adalah apps paling tak guna buat masa ni'

Apps sebelum ni tak ada masalah pun. Satu apps boleh handle lebih dari satu akaun walaupun secure2u tu kena access dari MAE.

Tiba-tiba kau ubah benda ni secara paksa lepas tu dengan selambanya kau wajibkan penggunaan device berasingan.

Apa masalahnya access semua akaun dari device dan apps yang sama?

Boleh jadi orang nak beli satu lagi HP semata-mata nak download apps MAE ni.

Kau dah kenapa?

Saya call Customer Service, dia jawab mudah je. Untuk keselamatan. Eksyen pulak tu menjawab.

Kau langsung tak fikir beban penggunakan? Atau kau sebenarnya nak paksa pengguna gunakan apps kau sebab dalam tu ada fungsi marketplace yang sendu?

Untuk pengetahuan korang. Saya ada 3 akaun dengan Maybank. Satu akaun partnership saya kena gunakan apps M2U Biz My. Dua lagi (akaun personal dan sole prop) sebelum ni boleh guna apps M2U My yang lama.

Sekarang dua-dua kena guna apps MAE tak berguna ni. Nasib baik yang akaun partnership tu masih guna apps yang sama.

Kepada pihak Maybank. Kau fikir la sikit sebelum ubah apa-apa macam syok sendiri kononnya atas faktor keselamatan. Kalau dah satu akaun hanya boleh guna untuk satu device, apa kejadahnya?

Tak payah nak guna alasan arahan Bank Negara atau faktor keselamatan sedangkan sebenarnya kau nak melakukan marketplace sendu kau. Apa-apa pun yang penting jangan la sampai membebankan pengguna.

Jangan sampai ramai-ramai pengguna tutup akaun nanti. Hati dah menyampah sangat dah ni.

BACA :

Bekas isteri terkejut, selepas 3 tahun bercerai bekas suami tuntut rumah RM1.3 juta miliknya
Coke boleh menyebabkan kanser? Ini penjelasan dari Dr Malar
Mak cik cleaner dapat jam Rolex harga RM35K oleh majikan selepas 10 tahun berkhidmat