Majikan sedih ber’pisah’ dengan pekerja warga Bangladesh, ini yang dihadiahkan sebagai tanda penghargaan

Majikan sedih ber’pisah’ dengan pekerja warga Bangladesh, ini yang dihadiahkan sebagai tanda penghargaan. Pandangan negatif sesetengah orang tentang pekerja warga asing dari negara-negara kelas ketiga sering kali kita dengar sejak dari dahulu.

Namun begitu, bukan semua daripada mereka datang ke negara kita untuk tujuan tidak baik kerana kebanyakkan daripada mereka hadir demi mencari rezeki buat keluarga yang jauh beribu batu.

Mahu pulang ke kampung halaman

Hal ini samalah seperti perkongsian Azwana Zolkifli apabila memuat naik video menghantar staf warganegara Bangladesh untuk pulang ke kampung halamannya selepas berkhidmat hampir 10 tahun dengan mereka.

Dalam video itu, wanita berkenaan memaklumkan yang mereka telah menanggung tiket pulang pekerjanya itu serta memberikan hadiah untuk dibawa pulang sebagai tanda terima kasih kepada perkhidmatannya selama ini.

Majikan sedih ber'pisah' dengan pekerja warga Bangladesh, ini yang dihadiahkan sebagai tanda penghargaan

Permit kerja sudah tamat

Tiket tersebut adalah hadiah perpisahan buatnya yang akan pulang ke tanah airnya selepas permit pekerjaan di Malaysia tamat. Tambahnya, pekerja yang bernama Helal itu merupakan seorang yang cukup rajin dan baik sepanjang tempoh bekerja bersama mereka.

Walaupun berat hati untuk melepaskan pekerja sebagus itu, namun mereka faham bahawa sudah tiba masa untuk mereka berpisah.

Di kesempatan tersebut, Azwana dan keluarga mengucapkan terima kasih kepada pekerja warganegara Bangladesh tersebut dan berharap hubungan baik mereka tidak terputus setakat ini sahaja.

Sehubungan dengan perkongsian itu, ramai yang berasa terharu dengan penghargaan yang diberikan seorang majikan kepada pekerjanya yang setia walaupun bukan warganegara tempatan.

Mereka juga turut berkongsi cerita pengalaman sama apabila bekerja dengan warganegara asing yang baik dan sudah menganggap mereka seperti keluarga.

@azwanazolkifliHadiah perpisahan, kita belanja tiket flight & hadiah sikit.♬ bunyi asal – 🐉Mohd_Zahrin_MLC🐊 – 𝙈 | 𝙕 ⚡

BACA:

Caprice bengang dengan PU Syed, akhirnya PU Syed minta maaf, ini kisahnya..

Rasuah punca kawasan Zahid Hamidi bakal dilanggar

Hasrat bertanding PRU15, Najib Razak lupa dia masih banduan