Majlis perkahwinan Nurul Izzah curi tumpuan netizen, simple gila.. Pakai tudung bawal je

Majlis perkahwinan Nurul Izzah curi tumpuan netizen, simple gila.. Pakai tudung bawal je. MANIS penampilan ahli politik wanita, Nurul Izzah Datuk Seri Anwar sederhana ketika majlis akad nikah menjadi perhatian warga maya.

Perkahwinan keduanya bersama penyelidik Khazanah Research Institute, Yin Shao Loong baru-baru ini menjadi bualan ramai lantaran perihal empunya diri yang ringkas tetapi bergaya.

Lazimnya, bagi akad nikah, raja sehari akan memilih busana sedondon yang dilengkapi layah, tiara dan solekan lain daripada kebiasaan untuk menaikkan seri.

Namun Nurul Izzah berjaya membuktikan penampilan sederhana dengan solekan tipis sudah mampu menaikkan seri pengantin baru.

-“KERANA YANG MENUNJUKKAN BAHAGIA ITU DI RIAK MUKA, BUKAN BUSANANYA.”

Majlis perkahwinan Nurul Izzah curi tumpuan netizen, simple gila.. Pakai tudung bawal je

-“Yang penting kahwin. Tudung bawal atau make up fancy atau tidak, just want to be married to the love of my life and live happily.”

-“Saya menghargai perkahwinan yang sederhana tanpa berbelanja mewah.”

-“Less is more.”

-“Yang penting tidak pakai inai.”

-“No make-up pula tu, kadang-kadang sesetengah orang nak nampak lain pada hari perkahwinan. Salute!”
“Humble dan simple.”

– “TREND MACAM INI YANG PATUT DICONTOHI. KAHWIN TIDAK PERLU PENING KEPALA.”

Nurul Izzah berkongsi berita perkahwinannya menerusi laman sosial 5 Ogos lalu. Pernikahan tersebut diwalikan sendiri oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri.

Majlis berlangsung sederhana dengan kehadiran keluarga terdekat.

Ia merupakan perkahwinan kedua Nurul Izzah yang sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Raja Ahmad Shahir pada Mei 2003 dan berpisah pada tahun 2015.

Nurul Izzah memiliki dua cahaya mata iaitu Raja Nur Safiyah, 15, dan Raja Ahmad Harith, 13, daripada perkahwinan terdahulu.

BACA:

Suspek samun bersenjata diburu polis, kereta ditinggalkan dalam keadaan terbakar

Isu sejadah : Diva AA bersemuka dengan Azza, “Apa masalah kau?”

“Kalau aku tiba2 mati, tolong jagakan Nina dan Musa”, ucapan Noh jadi tular