‘Mak saudara lebih tinggi tarafnya dari mak mertua, jagalah hubungan dengan mak saudara’

‘Mak saudara lebih tinggi tarafnya dari mak mertua, jagalah hubungan dengan mak saudara’.

Taraf mak saudara dikatakan lebih tinggi daripada mak mentua? Betulkah? Berapa ramai daripada kita yang rapat dengan mak saudara? Tak ada rasa kekok atau segan pun.

Jadi, tak mustahil juga sesetengah kita cukup rapat dengan mak saudara sebelah mak atau rapat dengan kedua-duanya (mak dan ayah). Walau bagaimanapun, tak kiralah sekalipun, itulah mak saudara yang kita ada. Tiada galang gantinya seperti mak ayah kita juga.

'Mak saudara lebih tinggi tarafnya dari mak mertua, jagalah hubungan dengan mak saudara'

Dalam perkongsian video tiktok yang dikatakan oleh Ustaz Badli Shah, menyarankan supaya menjaga hubungan dengan mak saudara ini. Tak bermaksud bila berkahwin, kita kena buang mak mentua pun tapi taraf mak saudara itu lebih tinggi dari mentua, hanya dia seorang dunia akhirat.

Taraf Mak Saudara Lebih Tinggi Dari Mak Mentua

Antara mak saudara dengan mak mentua mana yang lebih penting untuk jaga hubungan. Inilah ulasan yang diberikan oleh Ustaz Badli Shah.

Kalau dibincangkan hukum, mak saudara dengan mak mentua, mana lebih penting untuk jaga hubungan. Sudah tentulah mak saudara.

Sebab mak saudara itu adalah adik beradik mak atau ayah kita. Sudah tentulah anak saudara boleh bersalam dengan mak saudara. Tapi berapa ramai anak saudara yang rapat dan baik dengan mak saudara.

@lenggangbistro Assalammualaikum salam jumaat penghulu segala Hari, Hukum Mak saudara dengan Mak Mentua #fyp#fypdongggggggg #viral ♬ bunyi asal – arijalbiz

Bukan Buang Mentua

Tarafnya tak boleh Iawan dengan mak mentua sebab mak mentua boleh dicari bila kahwin lain, dapatlah mak mentua baru tapi mak saudara itu, hanya dia seorang yang kita ada. Tiada galang gantinya.

Bukan nak buang mak mentua, dia pun sama taraf seperti mak kita juga tapi itulah, kalau kahwin baru dapat mentua baru. Paling penting adalah jaga hubungan sesama kita.

BACA :

Satu kejadian paling pelik berlaku pada saya di Pakistan pada tahun 2016, ‘Tak sangka ada orang macam ni dalam dunia’
Tiga maut gara-gara makan lauk ayam masak merah di kenduri kahwin