Makanan favourite beruk peliharaan ini adalah mee kari, pasti hirup sampai licin

Makanan favourite beruk peliharaan ini adalah mee kari, pasti hirup sampai licin. Bercerita mengenai beruk, biasanya beruk menggemari buah-buahan sebagai makanan. Walaupun rupanya begitu menakutkan, namun jika pandai mengambil hati beruk, binatang itu jinak dengan tuannya berbanding orang tidak dikenali.

Daud berkata, setiap pagi dia menyediakan mee kari untuk Piuh yang gemar memakan mee kari berlaukkan ayam.

“Lazimnya Piuh makan mee dahulu sebelum ayam dan hirup kuah kari. Piuh tidak gemar memakan sayur dan akan membuang sayur ditemui pada mangkuk mee,” katanya.

Dia berkata, Piuh mula menggemari mee kari selepas dia secara tidak sengaja terbuang sisa mee kari yang dimakan pelanggan. Dia membuang mee kari itu berhampiran tempat Piuh ditambat pada pondok kecil di belakang warung.

beruk suka makan mee kari

Makanan favourite beruk peliharaan ini adalah mee kari, pasti hirup sampai licin

Katanya, dia terkejut meliaht Piuh mengutip sisa mee kari sebelum menjilat kuah kari yang melekat pada rumput.

Sejak itu, selain memberi makan nasi dan telur ayam, Daud menghulur mee kari untuk dijamah haiwan berkenaan.

“Pada sebelah tengah hari dan petang, saya beri Piuh makan nasi dan jika ada pisang, saya berikan sebiji atau dua biji,” katanya.

Daud berkata, sejak memelihara Piuh 10 tahun lalu, beruk jantan itu tidak banyak kerenah dan memakan kebanyakan jenis makanan yang diberikan.

Katanya, beruk berkenaan diberikan seorang rakannya yang sebelum itu digunakan untuk memetik kelapa sejak berusia tiha tahun. Tetapi perkhidmatannya terpaksa dihentikan selepas mencapai usia 29 tahun.

“Saya tidak akan melepaskan Piuh ke hutan kerana beruk itu tidak tahu mencari makan sendiri. Sudah tentu dia akan dibunuh beruk lain yang sudah biasa dengan kehidupan dalam hutan,” katanya.

Dia berkata, Piuh bijak memecahkan telur ayam dan menuangkan atas pinggan plastik sebelum menjilatnya hingga licin.

Comel betul gelagat dan perangai beruk suka makan mee kari ni kan! Semoga Tuhan membalas jasa pemiliknya kerana melebarkan kasih sayang sesama makhluk Tuhan.

BACA:

Apps Maybank2U dan MAE hadapi masalah untuk diakses, ini anda patut lakukan

OPR bakal naik 2 kali lagi jika inflasi meningkat

Didakwa cabul murid 12 tahun, guru ditahan polis