Malaysia alu-alukan, tapi Indonesia pula batal rancangan hantar pekerja ladang sawit. Indonesia membatalkan rancangan menghantar rakyatnya bekerja di ladang sawit di Malaysia yang menghadapi kekurangan buruh.
Malaysia antara pengeluar minyak sawit kedua terbesar di dunia mengalu-alukan kumpulan pertama pekerja asing dari Indonesia itu sejak pembukaan semula sempadan sebagai rangsangan bagi industri yang menghadapi kekurangan lebih 100,000 pekerja.
Masalah buruh mengurangkan pengeluaran minyak sawit Malaysia yang bergantung kepada buruh asing, sehingga ke paras terendah dalam beberapa tahun, apabila dunia menghadapi kekurangan minyak akibat perang Rusia-Ukraine dan sekatan eksport dari pengeluar utama Indonesia.
Pada petang Selasa, 164 pekerja dari Lombok di Indonesia, negara sumber pilihan industri untuk pekerja kerana persamaan cuaca dan bentuk muka bumi dijangka tiba di Kuala Lumpur dengan penerbangan sewa, kata Duta Indonesia ke Malaysia Hermono kepada Reuters.
Tetapi agensi Indonesia yang bertanggungjawab untuk melindungi pekerja asing membatalkan proses pengambilan dan tidak membenarkan pekerja itu terbang, kata utusan itu.
“Mungkin terdapat salah faham mengenai peraturan Malaysia dalam proses pengeluaran permit kerja. “Saya memberi syor dan jaminan semua pekerja akan mendapat permit kerja sebaik sahaja mereka lulus pemeriksaan kesihatan di Malaysia,” katanya.
Kementerian Sumber Manusia Malaysia menjadualkan ketibaan pekerja asing dari negara jiran itu semalam, membatalkan acara itu dengan alasan “keadaan yang tidak dapat dielakkan.”
Asia Tenggara bergantung kepada pekerja asing yang kebanyakannya dari Indonesia, Bangladesh dan Nepal untuk mengisi kekosongan di sektor perkilangan dan ladang yang tidak mendapat perhatian penduduk tempatan.
Terdapat kebimbangan yang semakin meningkat dalam beberapa tahun kebelakangan ini mengenai layanan terhadap pekerja asing dengan tujuh syarikat Malaysia diharamkan oleh Amerika Syarikat (AS) dalam tempoh dua tahun lepas kerana menggunakan apa yang pihak berkuasa AS anggap sebagai ‘buruh paksa’.
BACA:
Cara ganti Mykad dengan cepat dan senang, tidak perlu beratur
Video dua lelaki bergaduh tepi jalan, netizen ‘kagum’ teknik kungfu digunakan
Derita Johnny Depp dibenci keluarga, peminat kerana fitnah bekas isteri berakhir