Mandi air panas atau air sejuk yang baik? Ini penjelasan Doktor

Mandi air panas atau air sejuk yang baik? Ini penjelasan Doktor.

Kerap kita dengar mengenai topik mandi air panas atau sejuk yang mana lebih membawa manfaat kepada tubuh.

Air panas dikatakan boleh memberikan tenaga tambahan kepada badan yang lesu manakala ada pula yang menyatakan air sejuk boleh menenangkan fikiran.

Jadi apakah kebenaran yang sebenarnya?

Menurut Dr Ahmad Samhan Awang, kedua-dua air panas dan air sejuk mempunyai kebaikan dan keburukannya tersendiri, terpulang kepada individu itu untuk menentukan pilihan yang terbaik.

Berikut disenaraikan beberapa kebaikan dan keburukan air sejuk.

*Kebaikan air sejuk*

*1) Membaiki aliran darah*

Air sejuk ternyata boleh melancarkan pengaliran darah.

*2) Merendahkan tahap kortisol*

Kortisol adalah sejenis hormon yang dilepaskan oleh tubuh sebagai respons kepada keadaan stres.

*3) Mengurangkan rasa sakit*

Berdasarkan reviu yang dilakukan pada 2014, pendedahan kepada air sejuk boleh menggerakkan respons kesakitan automatik yang disebut sebagai stress-induced analgesia (SIA).

*Keburukan air sejuk*

*1) Tidak sesuai dengan persekitaran sejuk*

Perlukan banyak masa atau tempoh yang lama untuk hangatkan kembali tubuh jika berada di persekitaran yang sudah sejuk.

*2) Menjejaskan sistem imunisasi badan*

Suhu yang sejuk akan menambah bebanan ke atas sistem imunisasi tubuh ketika anda sedang sakit! Oleh itu, elakkan mandi air sejuk ketika sakit.

Kebaikan dan keburukan air panas pula adalah:

*Kebaikan*

*1) Meningkatkan kesihatan kardiovaskular*

Membantu membaiki aliran darah bagi mereka yang mempunyai kegagalan jantung yang kronik.

*2) Membaiki kesihatan otot dan sendi*

Lenguh otot dan sakit sendi boleh dilegakan dengan mandian air panas.

*3) Membaiki kualiti tidur*

Air panas boleh membantu membaiki kualiti tidur kerana gabungan antara tubuh yang tenang semasa mandian dan penurunan suhu badan selepas mandi.

*4) Memberikan kelegaan daripada simptom pernafasan dan selesema*

Air panas boleh membuka laluan pernafasan, memudahkan kahak untuk keluar dan membersihkan saluran hidung anda.

*5) Membaiki kesihatan otak*

Hasil kajian mendapati, kumpulan yang mandi dalam air panas mempunyai tahap brain derived neurotrophic factor (BDNF) yang lebih tinggi berbanding kumpulan yang mandi air sejuk.

BDNF adalah sejenis protein yang mempunyai banyak fungsi yang penting di dalam otak dan juga saraf tunjang.

*Keburukan*

*1) Mengeringkan kulit dan menyebabkan berlakunya iritasi*

Suhu yang lebih tinggi menjadikan kulit lebih mudah kering dan memburukkan keadaan seperti ekzema.

*2) Kegatalan*

Suhu yang panas boleh menyebabkan sel mast (yang mengandungi histamin) untuk melepaskan kandungan mereka pada kulit lalu menyebabkan gatal-gatal!

*3) Meningkatkan tekanan darah*

Anda boleh jadi tertekan ketika mandi air panas.

BACA JUGA:

Harga apam balik kekal 50 sen walaupun sudah 25 tahun berniaga, pelanggan tetap suka kerana ranggup walau dah sejuk

Kudapan yang enak, manis, pedas dan rangup! Popia sira ini wajib dicuba

Pesakit ekzema hadapi kesusahan untuk pelihara haiwan? Ada cara lain untuk bantu anda agar dapat tinggal bersama haiwan kesayangan