Mangsa banjir menurun kepada 49,410 orang

Mangsa banjir menurun kepada 49,410 orang. JOHOR BAHRU – Jumlah mangsa banjir di Johor menunjukkan penurunan daripada 50,596 orang (14,515 keluarga) pada jam 8 malam tadi kepada 49,410 orang (14,125 keluarga) pada jam 8 pagi.

Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Dr Azmi Rohani, berkata semua mangsa banjir itu kini ditempatkan di 269 pusat pemindahan sementara (PPS) di 10 daerah terjejas di negeri ini.

Beliau berkata, Batu Pahat yang kini paling terjejas bagaimanapun, menunjukkan peningkatan kepada 20,767 mangsa banjir (5,809 keluarga) di 73 PPS yang masih dibuka di daerah itu.

“Segamat yang mencatatkan jumlah mangsa banjirn kedua teramai pula menunjukkan penurunan kepada 11,023 mangsa banjir (3,253 keluarga) di 76 PPS.

“Diikuti Kluang dengan jumlah mangsa banjir kini menurun kepada 4,770 orang (1,376 keluarga) di 35 PPS dan Muar pula meningkat dengan ketara menjadi terdapat 4,625 orang (1,358 keluarga) di26 PPS,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, Tangkak juga mencatatkan peningkatan jumlah mangsa banjir menjadi 3,229 orang (949 keluarga) yang kini ditempatkan di 24, manakala 20 PPS di Kota Tinggi pula menempatkan 3,160 mangsa banjir (837 keluarga).

“Mersing juga meningkat tetapi dengan jumlah yang kecil menjadi 1,167 mangsa (346 keluarga) di enam PPS.

“Johor Bahru terus menunjukkan penurunan ke 327 mangsa (114 keluarga) di tiga PPS dan Pontian meningkat kepada 278 mangsa (68 keluarga) di lima PPS.

“Hanya Kulai yang kekal dengan jumlah mangsa banjir hanya 64 orang (15 keluarga) di satu PPS,” katanya.

Azmi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Johor, berkata setakat pagi ini, tiada PPS baharu dibuka mahu pun ditutup.

Sementara itu, laporan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) pula memaklumkan Kluang, Mersing dan Kota Tinggi terus berada dalam amaran waspada atau kuning kerana dijangka menerima hujan berterusan sehingga hari ini.

Setakat ini, laporan cuaca sebenar pula menunjukkan semua daerah berdepan cuaca cerah kecuali Mersing yang hujan setakat jam 8 pagi tadi.

BACA JUGA:

Program Town Hall Rakyat edisi pertama dilancarkan hari ini

Dua bekas pekerja Goldman Sachs di sabit kesalahan, perjanjian penyelesaian 1MDB diragui

Musim cuti sekolah ni ambil peluang ajar anak mengaji.. Ini cara mudah tarik minat si kecil