Masih ada 18 mangsa banjir di PPS Bera

Masih ada 18 mangsa banjir di PPS Bera. Seramai 18 mangsa banjir membabitkan lapan keluarga masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Orang Ramai Kemayan di Bera, setakat jam 8 pagi, hari ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Pahang memaklumkan, mereka dari Kampung Limau Kemayan dan Taman Maju Jaya, Kemayan.

Berdasarkan laporan, kawasan kediaman mereka mula dinaiki air kira-kira jam 2 pagi semalam, susulan hujan lebat berterusan sejak malam kelmarin.

Sementara itu, data dalam laman sesawang Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) merekodkan paras air dua sungai melepasi tahap amaran setakat jam 8 pagi ini.

Sungai berkenaan ialah Sungai Triang di Triang, Bera dan Sungai Keratong di Jambatan Baharu Keratong, Rompin.

Sungai yang mencatat paras air melepasi tahap waspada pula ialah Sungai Jelai di Jeti Lipis, Lipis; Sungai Lipis di Benta, Lipis; Sungai Semantan di Jambatan Keretapi Mentakab, Temerloh dan Sungai Serting di Jambatan Padang Gudang, Bera.

BACA JUGA:

Seorang lelaki disamun di depan bank oleh lelaki bermotosikal, lesap RM150,000

PMX temui Erdogan, zahirkan ucapan takziah terhadap Turkey

Muhyiddin beri amaran kepada anwar?