Maut di balai polis sendiri, sarjan dengan tiga kesan tembakan

Seorang anggota polis berpangkat sarjan maut selepas dipercayai menembak diri sendiri di pekarangan belakang Balai Polis Bayan Lepas di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, kejadian itu disedari anggota balai berkenaan kira-kira pukul 3.30 petang kelmarin.

Maut di balai polis sendiri, sarjan dengan tiga kesan tembakan.

“Mangsa berusia 51 tahun itu bertugas di balai polis sama dan dia ditemui dengan tiga kesan tembakan.

“Kesan tembakan ditemui pada leher, dada serta kepala anggota terbabit.

“Selain itu, polis turut menemui sepucuk pistol bersama anggota berkenaan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Tambah Kamarul, pasukan forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang telah menjalankan siasatan di lokasi kejadian dan punca kejadian masih dalam siasatan polis.

“Sehubungan itu, polis menasihatkan orang awam agar tidak menyebarkan sebarang spekulasi berhubung kejadian itu,” kata beliau.

Difahamkan, si mati mempunyai masalah keluarga dan kesihatan.

Mayat anggota terbabit dihantar ke Hopsital Pulau Pinang untuk tindakan lanjut dan proses bedah siasat dijangka berlangsung hari ini.

Difahamkan, anggota yang berasal dari Sarawak itu telah berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) hampir 32 tahun dan meninggalkan seorang balu serta tiga orang anak.

BACA JUGA:

Anwar ucap selamat maju jaya kepada calon SPM 2022

Terung Bakar Santan yang mudah dan sedap… Boleh bertambah nasi kalua makan ni

Mesti ramai Wanita suka ketap peniti di bibir sebelum bertudung kan? Akibatnya wanita ini tertelan jarum tanpa sengaja