Mayat lelaki bergelang pink ditemui terapung

Mayat seorang lelaki yang memakai gelang merah jambu ditemukan terapung di Sungai Semantan berhampiran Jalan Ketapa di sini hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Temerloh, Superintendan Roslee Omar berkata, mayat mangsa Kamaruddin Hamid,51 ditemukan dalam keadaan terapung oleh seorang lelaki yang memancig di tebing sungai berkenaan kira-kira pukul 1.35 petang.

“Mayat dalam keadaan meniarap itu tersangkut pada pokok dan pada tangannya terdapat gelang merah jambu iaitu gelang pengawasan dan pemerhatian bagi kontak rapat kes Covid-19 oleh Pejabat Kesihatan Daerah.

BACA JUGA : https://www.kosmo.com.my/2021/09/04/mayat-lelaki-pakai-gelang-merah-jambu-ditemui-terapung/

“Berdasarkan pemeriksaan di bahagian luaran tubuh mangsa mendapati tiada sebarang kesan kecederaan,”katanya di sini, hari ini.

Menurut Roslee mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Katanya, hasil pemeriksaan dengan pihak Jabatan Kesihatan Daerah mendapati mangsa telah melakukan pemeriksaan Covid-19 pada 25 Ogos lalu dan didapati negatif.

“Melalui pemeriksaan rekod jenayah mangsa terdapat 15 kes yang direkodkan iaitu 10 kes di bawah kesalahan jenayah narkotik dan lima kes di bawah kesalahan jenayah kecurian,”ujarnya.

Berita penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/09/04/mayat-lelaki-pakai-gelang-merah-jambu-ditemui-terapung/