MBSA umum hadiah RM28,000 pemenang pertandingan fotografi, ini cara masuk

[bg_collapse view=”button-orange” color=”#4a4949″ expand_text=”Tags” collapse_text=”Hide” ]MBSA umum hadiah RM28,000 pemenang pertandingan fotografi, ini cara masuk ipis mbsa mbsa cukai taksiran mbsa shah alam mbsa online mbsa aduan aduan mbsa eps mbsa gov my mbsa saman bazar ramadhan mbsa 2021[/bg_collapse]

MBSA umum hadiah RM28,000 pemenang pertandingan fotografi, ini cara masuk. Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menganjurkan pertandingan fotografi Shah Alam 2022 yang berlangsung sejak 15 Mac lalu hingga 15 September ini.

Pertandingan ini menawarkan hadiah keseluruhan RM28,000 kepada pemenang dan penyertaan adalah percuma serta terbuka kepada warga Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas.

Ketua bahagian korporat dan perhubungan awam MBSA, Shahrin Ahmad berkata empat kategori yang dipertandingkan adalah bangunan/mercu tanda, alam semulajadi, gaya hidup dan pemandangan malam.

“Pertandingan fotografi ini adalah inisiatif MBSA untuk memberi ruang dan peluang kepada orang ramai menyerlahkan bakat mereka, selain menggalakkan masyarakat menghargai dan mencintai bandar raya Shah Alam melalui lensa fotografi.

MBSA umum hadiah RM28,000 pemenang pertandingan fotografi, ini cara masuk

“Peserta boleh mengambil foto di tempat-tempat menarik sekitar Shah Alam seperti lokasi pelancongan, bangunan, monumen, tasik, taman atau lanskap,” katanya dalam kenyataan.

Shahrin berkata, tempat pertama akan memenangi hadiah wang tunai RM3,000; tempat kedua dan ketiga masing-masing menerima RM2,000 dan RM1,000, manakala lima pemenang akan menerima hadiah saguhati RM200 setiap seorang.

Mengulas lanjut, beliau berkata, penilaian akan mengambil kira aspek tema, komposisi keaslian, kreativiti dan aplikasi teknik fotografi terbaik, selain gambar yang diambil hendaklah di dalam kawasan pentadbiran MBSA.

Borang penyertaan boleh dimuat naik secara atas talian di portal MBSA iaitu www.mbsa.gov.my atau di tingkat G, bahagian korporat dan perhubungan awam, Wisma MBSA Seksyen 14, Shah Alam.

TONTON :

BACA:

Rakyat tidak wajib lagi pakai pelitup muka bermula 29 Mac

Nabila Razali buka mulut putus cinta dengan seseorang

Kantoi pengasuh dera kanak-kanak jagaannya, siap tinggal kesan lagi