[bg_collapse view=”button-orange” color=”#4a4949″ expand_text=”Tags” collapse_text=”Hide” ]McDonald’s bakal buka restoran Maya dalam dunia metaverse mcdonald’s menu mcdonald’s menu 2020 mcdonald’s double cheeseburger mcdonald’s new menu mcdonald’s opening hours who owns mcdonald’s[/bg_collapse]
Metamesta dilihat sebagai evolusi seterusnya kepada laman web dengan pengguna akan menyelami alam maya 3D untuk melakukan pelbagai urusan. Facebook sanggup mengubah nama syarikat kepada Meta semata-mata untuk menjadi laman metamesta utama dunia dengan syarikat lain turut mempunyai perancangan membuka platform tersendiri.
Terkini McDonald’s nampaknya juga mempunyai aspirasi untuk mengembangkan perniagaan ke metamesta dengan memfailkan beberapa paten ke USPTO awal bulan ini. Mereka ingin membuka restoran maya dalam metamesta yang akan menjual barangan digital dan juga barangan sebenar yang kemudiannya dihantar ke pengguna. Urusan memesan makanan yang sekarang dilakukan menerusi aplikasi akan turut boleh dilakukan dalam kedai maya metamesta kelak.
Selain itu terdapat juga perancangan menawarkan NFT, video, audio, teks dan karya seni McDonalds. Lebih menarik ialah rancangan untuk mengadakan konsert atas talian secara maya id atas talian. Dengan hartanah maya Decentraland telah dijual pada harga jutaan ringgit, metamesta mungkin akan mempunyai masa depan. Jika gagal sekalipun, McDonald’s sekurang-kurangnya mencuba.
BACA JUGA : Kenapa Signboard Family Mart di Cameron Highland bewarna hitam putih?
Eman Manan bapa sebenar Amyra Rosli?
Mata netizen perasan sesuatu bila Janna Nick kongsi aksi main buih