Mengejutkan! Pemuda ini tunjuk bukti “orang cina pun main santau juga, bukan melayu je”

Mengejutkan! Pemuda ini tunjuk bukti “orang cina pun main santau juga, bukan melayu je”. Bagi mereka yang memiliki perniagaan, pastinya sudah biasa menanggung untung dan rugi yang menjadi lumrah untuk para peniaga. Namun selalunya apabila mengalami kerugian, ada yang akan mengaitkannya dengan terkena ‘buatan orang’ ataupun dihantar santau oleh mereka yang dengki melihat kejayaan seseorang.

Baru-baru ini, seorang Influencer menjawab pertanyaan dari netizen tentang isu santau yang selalunya dikaitkan dengan orang Melayu. Menurutnya, kaum Cina juga ada menggunakan ilmu hitam dalam perniagaan sekaligus membuatkan ramai terkejut dengan perkongsiannya ini.

Menerusi video yang dikongsikan ini, dia menjawab hantaran di Twitter yang membandingkan peniaga Melayu dan Cina, di mana kebiasaannya peniaga Melayu akan menerima santau semasa baru membuka kedai manakala peniaga Cina menerima hadiah bunga.

Mengejutkan! Pemuda ini tunjuk bukti “orang cina pun main santau juga, bukan melayu je”

Menurut Ceddy, ada juga peniaga Cina yang bermain dengan ilmu hitam namun kebanyakannya digunakan di Thailand. Malah dia berkata penggunaan ilmu hitam dalam perniagaan adalah sesuatu yang biasa digunakan oleh peniaga tanpa mengira kaum.

Tidak kira bangsa apa sekalipun, sekiranya seseorang itu mempunyai perasaan hasad dengki dan tidak mampu melihat kejayaan orang lain, pastinya dia akan menggunakan ilmu hitam. Dalam masa yang sama, Ceddy turut mengingatkan ada juga perniagaan yang gagal disangkakan terkena dengan buatan orang namun ia hanyalah berpunca dari kesilapan peniaga sendiri.

Ia boleh juga berpunca dari strategi pemasaran yang tidak menjadi atau lokasi perniagaan yang tidak strategik dan bukannya kerana penggunaan ilmu hitam. Meninjau di ruangan komen, kebanyakan netizen turut sama bersetuju dengan pendapatnya ini dan berkongsikan pengalaman mereka.

@ceddyornotWhy are people so shocked that cina pun ada main santau. But is it really all about black magic? Jom let’s borak!♬ original sound – Ceddy – CEO of Makan Makan

BACA:

Walaupun Najib dipenjara, aura ‘bossku’ tidak terjejas

Ramai sangka anak ‘mat saleh’ rupanya anak dilahirkan albino

Tuduh madrasah dera anak, ibu didakwa buat laporan palsu