Mengidam punya pasal, suami siap minta izin pekerja zoo untuk tunaikan hasrat isteri

Mengidam punya pasal, suami siap minta izin pekerja zoo untuk tunaikan hasrat isteri.

Lumrah bagi setiap wanita mengidam macam-macam semasa sedang berbadan dua. Cuma, tahap mengidam orang lain-lain. Ada yang hanya mengidam makanan yang senang dicari.

Tetapi, ada juga yang mengidam bukan-bukan seperti contoh teringin nak makan sabun buku. Ini kisah benar tau.

Mengidam punya pasal, suami siap minta izin pekerja zoo untuk tunaikan hasrat isteri

Namun, lain pula dengan seorang wanita yang tular ini apabila dia mengidam nak pegang memerang di zoo telah mencuri tumpuan ramai.

Suami siap minta izin pekerja zoo, nasib baik dapat juga pegang memerang

Menerusi video yang dimuat naik oleh @wanyanjee, kelihatan seorang pekerja zoo sedang memegang seekor memerang kecil untuk diberikan kepada wanita hamil itu.

Difahamkan, wanita tersebut mengidam ingin memegang memerang dan suaminya melayankan permintaan si isteri. Dia membawa isterinya ke zoo dan meminta izin daripada salah seorang pekerja zoo untuk memberi isterinya memegang memerang itu.

“Bila ibu mengandung mengidam nak pegang memerang. Alhamdulillah dapat jugak pegang. Suami minta izin orang zoo tangkapkan memerang, nasib dilayankan,” katanya.

Image from @wanyanjee (TikTok)

Lihat video :

@wanyanjee Bila ibu mengandung mengidam nak pegang memerang. Alhamdulillah dapat jugak pegang 🥰 Suami minta izin orang zoo tangkapkan memerang Nasib dilayankannn 🤭 #fyp #fypシ #fypdongggggggg #memerang #memerangjinak ♬ Si Gendut – Agus Gobang

“Alahai, ceria betul tu bila dapat pegang. Cute je, nasib ditunaikan” – Netizen

Susulan tularnya video di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat wanita itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image from @wanyanjee (TikTok)

Image from @wanyanjee (TikTok)

Image from @wanyanjee (TikTok)

Image from @wanyanjee (TikTok)

Image from @wanyanjee (TikTok)

Image from @wanyanjee (TikTok)

BACA :

Jangan tulis nama ALLAH pada kad jemputan kahwin.. ‘Dah lama aku tegur, ramai tak ambil kisah dan peduli’
Wanita dihalau dari hotel terkemuka di Kuala Lumpur, ‘Mungkin aku dan family belum cukup VIP’
‘Bapa sanggup pinjam duit untuk pastikan saya belajar’