Menitis air mata guru tengok anak murid ini, jalan pun seret kaki sambil pegang seluar

Menitis air mata guru tengok anak murid ini, jalan pun seret kaki sambil pegang seluar. Rasanya ramai yang akan mengalirkan air mata kisah seorang murid yang berasal dari keluarga yang miskin ini.

Walaupun miskin, semangat murid ini yang tetap mahu bersekolah sungguh memberikan inspirasi buat kita semua.

Memetik perkongsian Seorang cikgu kisah kekentalan seorang murid miskin sanggup datang ke sekolah hanya memakai pakaian dan kasut milik abangnya dan saiznya tidak padan dengan fizikalnya.

“SAYA sebak, dalam ramai orang susah yang sudah saya jumpa, dia sangat istimewa kerana mempunyai azἀm begitu tinggi untuk datang sekolah menuntut ilmu biarpun dalam keadaan serba daif.

Mohd Nasir Mohd Zain di laporkan berkata beliau sanggup mengambil pelajar tersebut sebagai anak angkat dan akan bantu sedaya mana yang termampu supaya pelajar dapat meneruskan persekolahan seperti murid lain.

Menitis air mata guru tengok anak murid ini, jalan pun seret kaki sambil pegang seluar

Mohd Nasir berkata, bukanlah niatnya mahu menagih pujian dengan memuat naik perkongsian tersebut dia membantu mɛmbeli kelengkapan sekolah murid tahun tiga itu.

Menurut beliau hantaran di laman sosial miliknya itu bertujuan memberi inspirasi kepada masyarakat terutama kepada anak didiknya.

Beliau terfikir kalau ia terjadi kepada anaknya atau murid lain, pasti malu dan tak mahu pergi sekolah.

Menurut beliau lagi hasil semakan dan maklumat diterimanya mendapati kanak-kanak yang mempunyai empat adik-bɛradik itu datang daripada kelṳarga miskin.

Saya fikir sekarang dia bɛlajar di tahun tiga mungkin belum tahu apa itu perasaan malu.

BACA:

Aset Malaysia seluruh dunia kini terancam – Peguam

Pelabur asing lari, 6 minggu berturut trend jual saham di Bursa Malaysia

Nampak sangat ‘game’ dah diatur, penjaga gol berdiri macam batang kayu