Menteri ni gesa rakyat kurangkan minum teh, rakyat diminta ‘berjimat’

Menteri ni gesa rakyat kurangkan minum teh, rakyat diminta ‘berjimat’.

Menteri Perancangan Pakistan, Ahsan Iqbal meminta orang ramai mengurangkan pengambilan air teh bagi menjimatkan pertukaran wang asing.

Menteri itu mencadangkan supaya orang ramai mengurangkan pengambilan teh setiap hari sebanyak satu atau dua cawan.

Saya merayu kepada negara untuk mengurangkan penggunaan teh… kerana kami mengimport teh itu selepas meminjam wang,” katanya di Islamabad pada Selasa.

Di media sosial rakyat Pakistan meluahkan rasa tidak percaya terhadap cadangan itu yang disifatkan akan menjejaskan budaya minum teh yang popular dalam kalangan penduduk.

Menteri ni gesa rakyat kurangkan minum teh, rakyat diminta 'berjimat'

Pakistan merupakan antara pengimport teh terkemuka dunia, dengan nilai import sepanjang tahun fiskal Julai 2020-Jun 2021 ialah US$580.5 juta.

Dari segi kuantiti, import teh meningkat kira-kira 16 peratus kepada 258,491 tan untuk tempoh 12 bulan.

Pakistan cuba mengurangkan bil importnya untuk menjimatkan pertukaran asing di tengah-tengah kejatuhan rupee berbanding dolar US.

BACA:

Jawatan kosong terbuka kepada rakyat Malaysia di UPM, mohon segera

Ramai doakan kegagalannya, namun Ain buktikan peroleh 7A

Dikait isu padang SNBJ, ini jawapan padu Syed Saddiq