Menteri tidak didakwa cetus kecewa rakyat

Rakyat pasti kecewa apabila tidak ada tindakan undang-undang diambil ke atas Menteri Perladangan Perusahaan dan Komuniti, Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali yang melanggar kuarantin wajib Covid-19 pada 7 Julai lalu.

Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi berkata, ada beberapa alasan keputusan itu dipersoalkan seperti kenapa terlalu lama untuk disiasat dan diputuskan jawapannya.

Katanya, tindakan itu menunjukkan pihak berkuasa seolah bermain dengan masa untuk mencari alasan bagi memutuskan menteri itu tidak bersalah.

“Kerajaan juga dilihat tidak tegas, dengan menjadikan pegawai Kementerian Kesihatan yang tidak memberikan borang 14b kepada Dr. Mohd Khairuddin sebagai “kambing hitam”.

“Sedangkan, rakyat biasa yang balik dari Sabah sebelum tarikh 27 September mengambil tanggungjawab dan inisiatif sendiri melakukan kuarantin di rumah selama 14 hari,” katanya menerusi hantaran Facebooknya, hari ini.

Semalam, Pejabat Peguam Negara (AGC) memutuskan untuk tidak mengambil tindakan lanjut terhadap Dr. Mohd Khairuddin kerana melanggar kuarantin wajib Covid-19 selepas pulang dari Turki.

Berita penuh :https://malaysiagazette.com/2020/10/22/menteri-tidak-didakwa-cetus-kecewa-rakyat-dr-puad/