Mesyuarat Pemuda UMNO Titiwangsa digantung akibat lebihan kertas undi ketika pendaftaran

Mesyuarat Pemuda UMNO Titiwangsa digantung akibat lebihan kertas undi ketika pendaftaran.

Jawatankuasa Pemilihan UMNO (JPU) Bahagian Titiwangsa menggantung mesyuarat Pemuda bahagian itu akibat kekecohan berpunca daripada lebihan kertas undi ketika pendaftaran kelmarin.

Pengerusi JPU Titiwangsa, Zaharah Adnan, berkata perkara itu berlaku kerana terdapat keengganan pihak Ahli Jawatankuasa (AJK) Pemuda menerima pendaftaran dilakukan pihak JPU dan memaksa pendaftaran AJK Pemuda juga diterima pakai.

Berikutan itu, katanya ia menimbulkan kekecohan ketika pengiraan undi berlangsung.

“Terjadi insiden ketegangan dan ugut-mengugut di antara AJK Pemuda Bahagian dengan pihak JPU menyebabkan suasana terlalu tegang sehinggakan jalan penyelesaian tidak dapat dicapai.

“Untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku maka Pengerusi JPU Titiwangsa menggantung pemilihan Pemuda Titiwangsa kepada suatu tarikh yang akan ditetapkan kelak,” katanya.

BACA JUGA:

Banteras jenayah siber salah satu usaha kolektif pihak berkait

Dua beradik mati lemas, jenazah dikebumikan satu liang lahad

Nak hapuskan perosak tanaman guna cara organik? Kena blender cili & bawang putih lalu sembur seminggu sekali sahaja